Tuesday, June 30, 2009

Nasib Kadar Shah sama dengan Dasiy Fajarina !

BERITA TERBARU DARI MALAYSIA.


KADAR SHAH JADI BURUAN POLIS MALAYSI.

DASIY FAJARINA JADI BUROAN POLIS PERANCIS
lari ke Indonesia.

Kedua-duanya menghadapi 'KES JENAYAH BERAT'
boleh dihukum "MATI" atau di "PENJARA"
sekiranya Dasiy Fajarina didapati bersubahat?

Kadar Shah mengaku telah bersubahat dengan Dasiy Fajarina dalam kasus Manohara apakah tak mungkin Dasiy Fajarina pula bersubahat dalam kes Kadar Shah dan 'SENJATAPI & PELURU HIDUP'. Sama-samalah kita tunggu penyiasatan POLIS Malaysia yang cekap dan tepat.

Dasiy dan Kadar Shah jadi buroan?

Kasus Manohara mulai reda kembali, tidak ada sidang media dianjurkan oleh Dasiy Fajarina bagi memfitnah Tengku Temenggong, Pengeran Kesultanan Kelantan, apakah Dasiy Fajarina dan Manohara terpanggil untuk tidak menyerang TT kerana Pemangku Raja Kelantan telah bertitah supaya krisis rumahtangga adiknda Pemangku Raja diselesaikan melalui undang-undang.

Atau Kadar Shah telah memberi kata dua kepada Dasiy Fajarina dan Manohara supaya diam kerana beliau mahu tumpukan perhatian kepada kes rogol dan rompak yang terjadi dirumahnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Atau Dasiy Fajarina dan Manohara sudah tidak ada lagi isu yang boleh dilontarkan bagi menfitnah TT dan sudah hilang bukti yang mengakibatkan publik tidak lagi ambil peduli dan tidak lagi percaya kepada Dasiy Fajarina dan Manohara kerana setiap jawapan yang diberi terang bercanggah dengan apa yang dilapurkan terdahulu.

PEMBOHONGAN sudah jelas, bukti hanya direkayasa, foto-foto menjadi bahan ketawa dan mencurigakan manakala lapuran Forensik yang rasmi tidak ada, yang ada hanya lapuran Forensik yang dibikin oleh 'HOTMAN' yang tidak ada kewibawaan sebagai seorang pengacara yang profesional. Berteriak dan melolong tanpa bukti jelas, nampaknya sekarang peranan HOTMAN telah diambil alih oleh FARHAT yang gila publisiti.

Farhat Abbas tidak tahu secara mendalam hukum syariah di Malaysia, beliau tidak sedar bahawa Manohara itu masih lagi isteri TT yang sah, sama ada Manohara mahu atau tidak mahu pulang kepada suaminya biarlah Manohara yang menjawabnya secara rasmi, kenapa apabila surat kembali taat diserahkan kepada Manohara yang sibuknya Dasiy Fajarina dan Farhad Abbas yang menjawab, apakah mereka itu merasa dialah isteri kepada TT? jahil sungguh jahil, Islam apa mereka berdua itu.

Tanggal 2hb. Julai nanti adalah tarikh merdeka kepada pasangan TT dan Manohara, mereka boleh memilih untuk terus hidup bersama atau akan berpisah untuk seketika, mereka bebas untuk menentukan masa depan mereka, orang lain tidak boleh campur. TT ada hak untuk menuntut supaya Manohara kembali taat kepadanya dan Manohara ada hak untuk meninggalkan Dasiy Fajarina di penjara Perancis dan kembali taat kepada suaminya TT. Allah yang menentukan segala-galanya.

Yang sedihnya sekarang ini Manohara tiap-tiap hari berjuang bagi menambah dosa, pergi kesana kemari tanpa izin suami, bersentuhan dengan bukan muhrim dibelakang suami, setiap langkah dan gerak Manohara sekarang ini dibeban dengan dosa dan Allah telah janjikan pada umatnya yang membuat dosa, tempatnya adalah NERAKA. tahukah Manohara?

Tahukah Dasiy Fajarina tiap-tiap hari anaknya bergelombang dengan dosa lantaran dorongannya kearah penglibatan kemaksiatan, tidak menghalang bahkan memberi dokongan serta sokongan supaya kelihatan tidak jujur. Kasihan Manohara dipergunakan oleh Dasiy Fajarina dan Dewi Sri Asih. Dasiy Fajarina guna untuk mendapat wang bagi memuas nafsu joli yang diamalkan sepanjang masa manakala Dewi pula guna untuk mendapat wang mahu enjoy keluar negeri dengan alasan mahu bersekolah. Ibu tipu anak, Kakak tipu adik itulah drama dalam keluarga 3 beranak itu.

Bila lagi Dasiy Fajarina mahu ke Perancis sedangkan Kadar Shah sudah pun berada di Los Angles buat masa ini. Muslihatnya apa?

Sunday, June 28, 2009

Sinetron MONOHARA membohongi publik.

Manohara segera. itulah publisiti yang terdapat disalah sebuah station TV di Jakarta, yang akan menayangkan sebuah sinetron mengisahkan PEMBOHONGAN kepada publik, cerita rekaan untuk mendapat simpati orangramai bagi mencapai hasrat ibunya Dasiy Fajarina untuk membalas dendam bagi mengaibkan menantunya yang tidak menunaikan permintaan sejumlah wang bagi kegunaan peribadi.

Pada mula-mula cerita sensasi MANOHARA keluar, Dasiy Fajarina menuduh Tengku Temenggong menganaiya anaknya dengan Selit-Selit didada Manohara, mendera dan menyiksa dan hampir berjaya melibatkan pemerintah Indonesia untuk terlibat sama bagi memfitnah TT dan rakyat Malaysia. Tapi setelah penafian dibuat dan disertakan bersama-sama bukti bahawa Manohara tidak diseksa di Kelantan isu Manohara didera pun reda.

Kisah Manohara diseksa dan didera meletup kembali apabila Manohara pulang ke Indonesia bersama dengan ibu dan kakaknya iaitu Dasiy Fajarina dan Dewi Sri Asih dari Singapore dengan dibantu oleh Datuk Kadar Shah. Cerita di Selit-Selit didada, di Strike di tengkok, di cucuh api rokok di dahi di suntik dengan humor kecoh kembali.

Sedangkan semua tuduhan itu tidak disertakan dengan bukti yang 'SAH', apa yang dikatakan bukti hanya pernyataan akhbar oleh HOTMAN seorang peguam yang selalu cakap berbelit-belit tanpa bukti yang sah. Satu ketika dia kata, dia nampak luka-luka didada Manohara masih merah bekas luka dan satu waktu lain dia berkata bahawa luka Manohara sudah hilang kerana peristiwa Manohara di Selit-Selit telah berlaku lama. Itu hanya satu contoh yang memaparkan bahawa HOTMAN pun bercakap bohong pada publik.

Ternyata sekarang, Dasiy Fajarina, Manohara dan Hotman bercakap bohong kepada publik kerana sehingga hari ini tidak ada lapuran dibuat secara 'SAH' dan tidak ada bukti-bukti yang di 'SAH'kan secara mendapat lapuran dari pakar-pakar yang diputuskan oleh Mahkamah. Hari ini orangramai mulai bertanya:-

1. Bila mahu ke Malaysia untuk membuat lapuran yang SAH bersama barang-barang bukti.

2. Dactor Foransik mana yang diarah oleh Mahkamah untuk memeriksa tubuh Manohara.

3. Siapa saksi-saksi yang boleh mengesahkan Manohara kelihatan tidak ceria semasa berada di Kelantan dan selalu berada dalam keadaan takut.

4. Betulkan Manohara tidak mendapat apa-apa dari TT, sama ada nafkah lahir ataupun batin.

5. Berikan tarikh-tarikh dan masa yang Manohara diseksa.

Yang lagi jelas sehari sebelum Manohara pulang ke Jakarta, sempat juga Manohara berbelanja besar bersama TT. Apakah orang yang diseksa sempat bershopping. Inilah sedikit info untuk orangramai menilai tentang kejujran Manohara dan Desiy Fajarina dan latarbelakang mereka tiga beranak itu.

Desiy Fajarina telah terbukti latarbelangnya sebagai manusia yang paling JAHAT manakala Manohara pula bercakap berbelit-belit dan kadang-kadang nampak apabila mahu berboh0ng mesti berpaling kepada Desiy Fajarina, Dewi pula hanya mampu menumpang Manonara yang cantik yang sekarang ini mengaku adik beradik tapi sebenarnya mereka berdua berlainan ayah dan berlainan ibu. Dari mana asalnya Dewi?

Maka Sinetron "MANOHARA" segera buka cerita benar, bukan cerita peribadi Manohara sebenar, cerita itu adalah cerita hendak membohongi publik dan sesiapa yang menonton nanti sebenarnya menonton sinetron pembohongan yang direkayasa oleh MONOHARA anak kepada George Mann yang hidupnya setiap masa terpaksa berpindah randah kerana perangai ibunya Desiy Fajarina sekarang ini jadi buroan polis Perancis atas kesalahan JENAYAH.

Saturday, June 27, 2009

Lagi luahan hati Manohara pada TT

I love UUUUUU with all my hrt
I'm T's baby nyo_nyo
and
Love you with all my heart
I'm T's baby nyo2.
dan lagi dan lagi

Thursday, June 25, 2009

apakah BENAR manohara tidak pernah cinta pada TT?

and yes
I Love U
with all my LOVE
...................and
with every Bone
in my body
InsYaallah
Forever
-manohara

INILAH UCAPAN POWER YANG DICURAHKAN OLEH MANOHARA KEPADA TENGKU TEMENGGONG KELANTAN.
Apakah kata-kata itu lahir dari hati yang suci daripada MANOHARA atau kata-kata dusta kerana ada niat yang berunsur jahat dan penipuan serta pembohongan?.

Tuesday, June 23, 2009


PERHATIAN
(klik pada bukti dokumen untuk lebih jelas)

Untuk rakyat Indonesia yang cintakan 'KEADILAN' sebagai bangsa yang bermaruah, yang berjuang untuk rakyat yang dianaiya, yang diseksa, ayuh bangkitlah menuntut supaya Dasiy Fajarina menerima hukuman pembalasannya terhadap SALIHAH, hantarkan Desiy Fajarina ke Perancis dengan SEGERA. Tunggu apa lagi, inilah masanya bagi menjaga 'MARUAH BANGSA' .

  • fastananda, junus dan lain-lainnya "yang masih beku" tunggu apa lagi, jangan hanya suka mencaci tapi 'pengecut' untuk bangun membela Salihah yang benar-benar terseksa.






















































































GRASSE GREAT INSTANCE COURT

festananda Said:-

Love Sense selalu bilang Daisy penjahat dan akan di penjara. Mana buktinya??????? Nyatanya dia masih di Jakarta. Harusnya pilisi Perancis sudah menangkapnya dong kloo dia memang bersalah.

Ngomong ga ada bukti artinya FITNAH!!!!

Tukang HASUT!!!!

Tak tau diri dapat bayaran dari TT berapa kamu.

JAWAPAN

festananda telah mencabar Love Sense, dan banyak lagi para peminat setia dalam blog ini mencabar, memaki, mencarut dan menuduh terhadap Love Sense, itu semua kerana ketegasan Love Sense untuk menegakkan keadilan. Keadilan untuk membela TT dari di FITNAH oleh Dasiy Fajarina yang pandai mengambil peluang untuk menjatuhkan seseorang dengan berbagai-bagai cara termasuklah merusak kehidupan bekas-bekas suaminya.

Tidak berniat langsung untuk mendedahkan dokumen berhubung dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh Dasiy Fajarina di Perancis kerana terdahulu sudah ada dokumen yang mengesahkan bahawa Dasiy Fajarina menjadi buruan kerajaan Perancis, tapi nampaknya ada orang yang degil untuk mempercayainya.

Nah inilah sedikit petikan bagi membongkar latarbelakang Dasiy Fajarina dan menjelaskan bahawa Love Sense TIDAK PERNAH MENULIS BERITA FITNAH seperti yang dituduh oleh mereka yang membela Dasiy Fajarina membabi buta.

ON THESE GROUNDS

ON THE PUBLIC ACTION

Publicly determining, in the first resort, and by a contradictorily way with respect to NOACK-PINOT Jurgen Reiner and by default judgment with regards to FAJARINA Daisy.

Declares NOACK-PINOT Jurgen Reiner guilty of the offenses that he is charged with.

Sentences NOACK-PINOT Jurgen Reiner:

to 4 months imprisonment.

For the offense SEXUAL ASSAULT IMPOSED BY AN ASCENDANT OR AN AUTHORITY FIGURE.

For the offense of SUBMITTING A VULNERABLE OR DEPENDANT PERSON TO UNDIGNIFIED WORKING CONDITIONS.

Notices the registration of NOACK-PINOT Jergen Reiner in the national automated judicial database of perpetrators of sexual offenses based on a decision concerning on offense as allowed for in article 706-47 of the code of Criminal procedure and punishable by a imprisonment of more the 5 year.

******

Declares FAJARINA Daisy guilty of the offenses that she ia charged with

Sentences FAJARINA Daisy:

to 18 months imprisonment

issue an arrest warrant against her

Consequently, summons and orders all Officers or Agents of the Judicial Police and all Agents of the Public Forces to find her an to bring her to the Prison in our headquarters in accordance with the law.

Pendedahan keseluruhan dokemun akan diedarkan pada bila-bila masa dari sekarang. Ikutilah setiap detik blog ini untuk anda dapat membaca kesemua kandongan keputusan dan tindakan oleh mahkamah GRASSE REGIONAL COURT, Perancis. setebal 25 muka surat.

Love Sense tidak bohong, Love Sense mendedahkan perkara sebenar supaya rakyat tidak tertipu dengan PENDUSTA, PEMFITNAH dan PEMBOHONGAN PUBLIK seperti Dasiy Fajarina, Dewi Seri Asih dan Manohara.

Sedarlah wahai manusia, jangan selalu tertipu kerana kecantikan, jangan tertipu kerana se negara, jangan tipu diri sendiri walaupun tahu Dasiy Fajarina dan Manohara bercakap bohong tapi terus membela, jangan tertipu dengan bukti rekayasa oleh Manohara, sebenarnya dada Manohara tidak di Selit-Selit, Lehernya tidak di Sterika, Dahinya tidak dicucuk api cigar, punggung/buntutnya tidak di suntik humor.

Yang sebenarnya Dasiy Fajarina dan Manohara itu sakit dan sedang sakit.

Sakit Apa? anda ada jawapannya.

Sunday, June 21, 2009

and yes I Love U, say MANOHARA.

Berita Pertama "Model Cantik Di Culik Suami".
Apa kah logik/benar suami menculik isteri, culik untuk apa, culik dari siapa.

Berita Kedua "Artis Di Selit-Selit oleh Suami"
Apa benar suami selit-selit isteri, selit untuk apa, selit dibahagian mana.

Berita ketiga "Manohara Di Rogol Suami"
Apakah istilah rogol, rogol untuk apa, apa bisa bersuami dengan perogol.

Rogol, Culik dan Selit, inilah rumusan yang hendak dibawa oleh Dasiy Fajarina terhadap Tengku Temenggong, supaya dendam kesumat yang membara didadanya akan dapat kepuasan, Dasiy Fajarina telah puas kerana dapat mengaibkan TT dan dapat menfitnahkan Raja Perempuan Kelantan. Dasiy Fajarina puas kerana berjaya dengan langkahnya itu untuk menjadi terkenal diseluruh Indonesia. Dasiy Fajarina puas kerana dapat bayaran berupa wang dari produksi yang mengambil anaknya menjadi pelakun dan Dasiy Fajarina tidak akan merasa puas apabila beliau akan menjalani hukuman penjara nanti.

Tidak ada tempat bagi Dasiy Fajarina di Indonesia kerana sudah terbongkar bahawa dia adalah seorang PENJENAYAH di Perancis, hukuman Penjara selama 18 bulan sedang terngangga menanti kehadirannya. Walau pun tidak ada ekstradisi diantara Indonesia dan Perancis adalah mungkin pemerintah Indonesia akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Perancis untuk membawa Dasiy Fajarina ke Perancis bagi menjalani hukumannya.

Indonesia sebagai sebuah negara yang anti keganasan, yang prahatin terhadap rakyatnya diluar negara akan tetap dengan prinsipnya bahawa yang bersalah akan tetap menerima hukuman tak kira dimana mereka berada. Maka seorang rakyat Indonesia yang diseksa di Perancis akan mendapat keadilan kerana seorang rakyat Indonesia yang sekarang berada di Indonesia akan dibawa ke Perancis untuk menerima hukuman.

Salihah akan merasa puas sekiranya Dasiy Fajarina di penjara di Perancis, puas Salihah kerana menegakkan KEADILAN, tapi lain pula puas Dasiy Fajarina, dia puas diatas sifatnya yang pendendam dan berniat JAHAT. Tapi Salihah tidak akan puas sekiranya pemerintah Indonesia tidak membantunya untuk membawa Dasiy Fajarina ke Perancis.

Manohara yang hanya sekadar melapurkan bahawa dia di rogol, di culik dan di selit-selit mendapat liputan meluas dari media di Indonesia yang tidak terbukti benar tapi Salihah yang telah terbukti di seksa dengan kejam oleh Dasiy Fajarina belum lagi mendapat liputan media dan sekiranya media di Indonesia jujur dan betul untuk membantu rakyatnya yang terseksa pergilah ke Perancis untuk mendapat berita yang jelas lagi tulus untuk ditayangkan.

Sekarang Salihah dibantu dan diurus oleh Asosiasi Kota Nice.

Friday, June 19, 2009

'HOTMAN' mangkin panas.

PANAS PANAS PANAS


Inilah gambaran sebenar.

Cuba anda fikirkan, setelah Dasiy Fajarina berangkat ke Perancis kerana menjalani kehidupan baru sebagai seorang banduanwanita, dengan siapa Manohara akan tinggal di Jakarta dan siapa nanti yang akan selalu bersamanya. Apa komen anda.

18bulan penjara menanti Dasiy Fajarina.

Apa sudah jadi dengan Manohara, dalam sibuk mencari kunci kehidupan ala seleberiti, sekarang terjun ke arena anak wayang, jerit situ, nangis sini semata-mata untuk mendapat wang upah bagi menampung sara hidup seharian setelah meninggalkan suami kerana terpaksa mengikut Dasiy Fajarina pulang ke jakarta.

Itulah yang ada pada Dasiy Fajarina sekarang ini, dengan membawa pulang Manohara ke Jakarta bolehlah dia menumpang mendapat wang bagi meneruskan kehidapan glamor yang tidak mahu kalah dengan isteri menteri ataupun isteri orang-orang kaya yang ternama. Mencari nama dengan menumpang kecantikan wajah Manohara.

Mujur ada Manohara yang ikut telunjuknya, kalau harapkan Dewi Sri Asih, kais pagi makan pagilah jawabnya kerana tidak ada produser film untuk melamar Dewi sebagai anak wayang kerana tentunya film itu tidak akan laku kerana rupa paras Dewi tidak komesil.

Berapa juta USD bayaran yang akan dapat dari hasil lakunan sebagai pemain seniteron yang baru muncul, tentunya lumayan kerana orangnya masih segar bugar, tak lama lagi layu juga akhirnya dan bayaran pun tidak semahal sekarang, sekiranya usaha untuk menjadi janda prosesnya lambat tentu tidak ada lelaki yang mahu memperisterikan Manohara kerana tak akan ada lelaki mahu jadi madu kepada TT, lagi pun itu tidak dibenarkan oleh Islam. Akhirnya kemana Manohara?.

Dalam kasus ini yang ruginya Manohara, masa depannya entah dimana, apakah nasibnya akan serupa dengan Dasiy Fajarina yang selalu menukarkan suami, ibarat seperti memerang yang selalu menukarkan pasangan. Manohara tolak tuah atau ditakdirkan untuk berpisah bagi mengelak kecelakaan akan terus menimpa TT kerana latarbelakang Dasiy Fajarina sebenarnya tidak sesesuai menjadi besan kepada keluarga D'Raja Kelantan.

Hari ini Manohara sudah tunjukkan bakat lakunannya, bagaimana dia menagis minta tolong kerana di siksa oleh suami, tapi tidak nampak seperti disakiti, bermakna dia tidak dapat menghayati kesakitan kerana sebenarnya dia tidak pernah disakiti oleh suaminya.

Jalur-jalur PEMBOHONGAN akan dapat dilihat dengan aksi Manohara itu sendiri, daripada kenyataan-kenyataan yang selalu bercanggah dan tuduhan yang direka-reka dengan pakatan bersama Dasiy Fajarina dan orang-orang yang mendampinganinya, sebagai contoh, Manohara kata dia ditawar sebanyak USD 2 juta supaya tidak menuruskan hasratnya untuk membawa TT ke pengadilan tapi tidak dapat menunjukkan siapakah yang menawarkan wang itu. Ini satu lagi PEMBOHONGAN dan FITNAH yang dibuat oleh Manohara.

Sekarang ini bertambah lagi rakyat Indonesia yang akan didakwa oleh Manohara selain Ichsan, Ratna Sarumpaet, OC Kaligis kini giliran Roy Suryo pula, mungkin akan datang giliran Andar Situmorang ataupun Dr. Muim atau Jusuf Kalla (JK). Semua ini akan berakhir setelah Dasiy Fajarina diserahkan kepada kerajaan Perancis bagi menjalani hukuman penjara selama 18 bulan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah.

Wednesday, June 17, 2009

Dasiy Fajarina melakukan 'serangkaian kebohongan & tipu muslihat' terhadap bangsa Indonesia.

terpulanglah pada anda semua untuk memutuskan
siapa sebenarnya Dasiy Fajarina & Manohara
lapuran berikut membuktikannya.

Menurut berita dari Kapanlagi.Com.

Pro dan kontra soal Manohara terus bergulir. Kali giliran Government Againts Corruption & Discrimination bersuara melalui surat No.15/GACD-PMD/VI/109 yang ditujukan kepada Presiden RI menghimbau pemerintah untuk segera mendeportasi Manohara.

Mengikut Direktur Eksekutif GACD, Andar Situmorang mengatakan bahawa deportasi tersebut harus dilakukan kerana berdasarkan UU No 12 th 2003 tentang kewarganegaraan. Sesuai ketentuan pasal 23 dan 26 mengenai kehilangan kewarganegaraan. Manohara bukan Warga Negara Indonesia WNI lagi setelah resmi menjadi isteri Tengku Muhammad Fakhry Petra dengan gelaran kebangsawanan YAM Cik Puan Temenggong Kelantan.

Selain itu proses hukum pantas dilakukan kepada Daisy Fajarina sebagai orang tua Manohara yang telah melakukan eksploitasi anak dibawah umur dengan melawan hukum ketentuan UU No 23 tahun 2002 tentang Perlindungan Anak. Pasal 26 ayat 10 huruf C, 64, 78, 81, dan 82.

"Bahawa dengan sengaja demi kepentingan peribadi tidak melakukan pencegahan pernikahan putrinya dengan pengeran Kelantan, sedangkan diketahui Manohara masih berusia 16 tahun. Dan melakukan serangkaian kebohongan dan tipu muslihat di Indonesia terhadap bangsa Indonesia menyatakan pemerkosaan terhadap putrinya, tidak melapur ke kepolisian RI." papar Andar.

Itulah pesanan ringkas kepada Dasiy Fajarina dan Manohara, apa akan jadi kepada trio itu setelah Dasiy Fajarina diambil oleh polis Perancis dan direhatkan selama 18bulan disana, Manohara dihantar pulang ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan FITNAH dan Pembohongan publik kepada suaminya dan Dewi Sri Asih akan kemana, rumahnya tak ada, ayahnya tak tahu siapa dan ibunya entah dimana masih hidup ataupun sudah pergi. Mungkin TT sedia membantunya.

Monday, June 15, 2009

PENJARA menunggu Dasiy Fajarina?

Cerita PEMBOHONGAN dan FITNAH BESAR yang dilakunkan oleh 3 beranak itu, Dasiy Fajarina, Dewi Sri Asih dan isteri Tengku Temenggong Kelantan Manohara George Mann berkaitan "PENGANAIYAAN" di Silet-Silet Di Dada, Cucuhan Api Rokok Di Dahi (Cigar), Sterika Di Tengkok dan Suntik Humor Di Pantat telah padam. Bukti yang ditunjukkan hanya beberapa keping foto-foto yang keasliannya diragukan, Lapuran Visum yang dilaksanakan di hotel dan rumah memang curiga sekali. Tepatnya bukti yang dihebohkan seperti sebuah DRAMA lucu yang mengaibkan.

Hotaman pengacara/peguam bagi pihak Manohara dan Dasiy Fajarina telah panas buntut, ceritanya kepada media yang beliau mempunyai bukti yang kukuh akan mengaibkan diri sendiri, kerana sedikit masa lagi nasibnya seakan sama dengan RUDY, RATNA SARUMPAET dan O.C. KALIGIS yang dibohongi oleh Dasiy Fajarina dan Manohara.

Sudah tidak dapat mengadakan bukti yang kukuh, Dasiy Fajarina dan Manohara telah beralih bidang untuk mencari publisiti sebagai 'BINTANG PEMBERITAAN', kini Dasiy Fajarina dan Manohara terjun ke AJANG PILPRES kononnya ingin membantu kempen Jusuf Kala (JK). Dan mengikut berita di Indonesia JK tidak bertemu dengan Manohara dan Dasiy Fajarina semasa mereka berada ditempat kempen yang sama semalam. (Ertinya JK tidak mahu Dasiy Fajarina dan Manohara mengikuti kempennya kerana JK tahu latarbelakang keluarga 3 beranak itu).

Melibatkan diri dalam bidang AMBALAT dan PILPRES adalah modal terakhir untuk Dasiy Fajarina dan Manohara mencari publisiti untuk mendapat simpati rakyat Indonesia. Setelah Tengku Temanggong beraksi mengambil tindakan Undang-Undang terhadap mereka berdua dan orang lain yang menjadi jurucakapnya maka kehidupan Dasiy Fajarina dan Manohara akan menghadapi masa depan yang suram kerana hukuman PENJARA sedang menantinya.

Dasiy Fajarina yang telah pun dihukum penjara di Perancis selama 18 bulan kini akan berdepan pula dengan dakwaan yang akan diajukan oleh TT di Mahkamah yang apabila disebabkan didapati bersalah mengikut seksyen 500 kanun keseksaan akan mengakibatkan di PENJARA selama 2 Tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Itu tidak termasuk dakwaan dakwaan lain yang akan dihadapi oleh Dasiy Fajarina.

Kemana akan perginya Dewi Sri Asih (asal usulnya tak tahu dari mana) setelah Dasiy Fajarina dan Manohara dipenjarakan kelak, dimana Ibunya yang sebenar dan dimana Ayahnya yang sebenar. Inilah yang masih menjadi tandatanya dan misteri.

Saturday, June 13, 2009

Mana bukti lagi.
sudahkan anda melihat Manohara berlakun,
hebat lakunannya,
sedang minta tolong didalam kamar
sedang merayu pada suami.
Bayaran tentunya lumayan,
Cita-cita Dasiy Fajarina akan dimakbulkan Tuhan,
cari uang, gunakan anaknya
lupa sudah cerita disilet-silet,
cerita dianaiya, disiksa dan diperkosa.
hari ini dia ketawa
esok dia dihina.

Friday, June 12, 2009

Manohara masih isteri orang.

ABG (Anak Baru Gedek) itulah yang diucapkan oleh salah seorang pengacara Versito Sanyoto digambarkan terhadap Manohara, maka tak salah kalau Manohara bercakap apa pun terutama menuduh KBRI di Kuala Lumpur menerima RASUAH daripada Istana Kelantan, kerana ABG itu belum cukup matang dan percakapannya tak usah diambil serius.

Maka hasrat KBRI untuk mendakwa Manohara harus dilupakan dan masyarakat diminta supaya tidak mempersoalkan isu tersebut. Tapi lain pula dalam isu penderaan yang dituduh terhadap TT. Dalam hal ini masyarakat diminta mempercayai bahawa Manohara bercakap benar dan Manohara tidak ABG.

Contohnya gambar-gambar dalam Hand Phone dan Foto-Foto yang ditunjukkan oleh Manohara dianggap benar walaupun belum disahkan bilakah tarikh gambar dalam H/P itu diambil. Dan tidak nampak pun buah dada didalam gambar itu yang mana Manohara sendiri mengaku dan menunjukkan didepan TV bahawa bahagian BUAH DADA adalah tempat yang di silet-silet oleh TT.

Dalam bab ini siapa yang beruntung, jurugambar kah, Ahli Forensik kah, Polis kah ataupun pengacara kah. Siapa yang dapat melihat dengan jelas tempat-tempat yang dikatakan sensitif oleh Manohara itu. Maka selain TT ada lagi orang lain yang bernasib baik dapat melihat tempat sulit dan sansitif Manohara. Tidak malukan Manohara untuk mendedahkan supaya orang lain dapat melihat selain daripada suaminya. Ingat, Manohara adalah masih lagi isteri TT yang sah dan haram untuk orang lain memegang dan melihat aurat isterinya.

Sesiapa yang menjamah dan melihat isipadu tubuh Manohara tanpa mendapat izin suaminya adalah haram dan boleh diambil tindakan undang-undang dengan tuduhan sengaja menjamah dan melihat tubuh badan Manohara tanpa kebenaran suami.

Besarnya kuasa suami dalam Islam tidak boleh dinafikan sehingga ada riwayat bahawa seorang isteri tidak dapat melihat ibunya sakit dan membawa mati kerana tidak boleh keluar rumah disebabkan taat kepada pesanan suami. Dan isteri yang taat kepada suami telah dijanjikan tempatnya syurga diakhirat kelak. Dan dalam isu ini tentunya TT tidak akan membenarkan sesiapa pun untuk menjamah dan melihat batang tubuh isterinya yang montel dan putih melepak itu. Maka sebab itulah ramai orang yang suka mendampingi Manohara termasuklah Laskar Merah Puteh.

Pelacur saja yang membenarkan tubuhnya diguling bermacam orang. Isteri yang baik akan sentiasa menjaga keperibadian tidak didedahkan aurat dan tidak bergaul bebas serta tidak menunjukkan susuk badan kepada publik, apatah lagi membenarkan tidak muhrim menjamah dan melihat ditempat-tempat sulit dan sensitif.

Tapi tak tahulah kalau Manohara setuju memperlihatkan tempat sulit dan sensitif kepada orang lain tanpa kebenaran suaminya, Tengku Muhammad Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan. Manohara belum lagi bercerai ataupun diceraikan, oleh itu Pemerintahan Indonesia hendaklah menjaga kedaulatan ISLAM supaya hal-hal hukum tidak dipersendakan oleh mereka-mereka yang ingin mengambil kesempatan diatas kecantikan dan kelemahan yang ada pada Manohara isteri kepada TT.

Wednesday, June 10, 2009

Siapa Bohong ?

antara

George Mann + Manohara + Hotman + Farhat

Manohara bilang di TV semasa berkomunikasi dengan Mohd Soberi Shafii secara 'live' bahawa George Mann bukan ayahnya, tapi Odilie Pinot adalah ayahnya. Manakala pengacara barunya Hotman Paris mengatakan dalam satu kenyataan melalui Kapanlagi bahawa ayahnya Manohara adalah warga Amerika, maka pihaknya akan ke kedutaan Amerika di Indonesia mohon bantuan perlindungan hukum.

Siapa diantara kedua itu berbohong kepada public, Manohara kah atau Hotman kah, kerana sekiranya terbukti Manohara bercakap bohong yang mana ayahnya George Mann tapi beliau tidak mengaku itu menandakan semua percakapan dan tuduhan yang dibuat oleh Manohara sebelum ini adalah tuduhan BOHONG kepada public dan sekiranya Hotman Paris bercakap bohong dengan mengatakan ayah Manohara adalah George Mann rakyat Amerika maka tidak layaklah beliau menjadi pengacara.

Dalam hal ini ternyata Hotman Paris bercakap benar kerana adalah ternyata ayah kepada Manohara adalah George Mann seorang rakyat Amerika yang telah lama berpisah dengan Manohara iaitu selama 15tahun akibat perbuatan Dasiy Fajarina yang telah 'menculik' Manohara daripada ayah kandungnya sendiri. Manakala Pinot adalah jantan yang telah disumbat didalam penjara di Perancis akibat perbuatannya sendiri.

Maka ternyatalah Manohara itu seorang pembohong kepada public terutamanya rakyat Indonesia sehingga ayah sendiri tidak diakuinya. Sifat yang kurang pendidikan ugama itulah yang membuat Manohara tidak tahu bedza yang mana apabila sesorang itu tidak mengaku ayahnya dia juga akan disumbat ke neraka kerana derhaka. Ayahnya saja yang boleh memaafkan beliau untuk menghapuskan dosa laknat yang akan ditanggong oleh beliau.

Kalau kepada ayahnya Manohara sanggup menghina, apa tah kepada suaminya. Dari air mani George Mann maka jadilah Manohara sehingga TT sanggup mengambilnya sebagai isteri dengan diberi kemudahan hidup, balasan yang diberi oleh Manohara kepada ayahnya dan suaminya ialah memalukan mereka berdua yang mana George Mann tidak diakui ayahnya dan TT dituduh dan di fitnah.

Maka tidak hairan Manohara mengada ngadakan cerita, mengada adakan bukti ciptaannya dengan mengatakan di Silet-Silet dibuah dada, di sterika di tengkok, di api cigar di dahi, disuntik humor sehingga muntah berdarah, di pukul oleh Zahari didalam jet dan terakhir tuduhannya bahawa beliau telah di perkosa oleh suaminya.

Penipuan besar yang dibuat oleh Manohara adalah tidak mengaku George Mann adalah ayahnya dan penipuan besar yang dikatakan oleh Dasiy Fajarina bahawa beliau tidak dicari oleh polis Perancis sebab didapati bersalah kerana menyeksa Salihah dan dihukum penjara selama 18 bulan. Kalau benar dia tidak akan ditangkap sekiranya menjejak kaki di Perancis saat ini, ayuh pergilah zairahi bekas suaminya yang sedang memerlukan pertolongan dia dan Manohara di Perancis sekarang ini. Jangan setelah suami susah ditinggalkan begitu saja.

Jadi untuk apa Hotman Paris dan Farhat Abbas membela orang yang sudah ter bukti pembohong, kenapa begitu ramai pengacara secara sukarela ingin membantu Manohara yang sudah terang bercakap bohong. Apa sebenarnya muslihat mereka, kerana hendak membela untuk menegakkan keadilan kah atau kerana MANOHARA oh MANOHARA.

Monday, June 8, 2009

Tindakan O.C dan RATNA itu betul.

SEDIH sangat sedih, mengapa nasib tidak menyebelahi Cik Puan Temenggong, CPT Manohara, beliau bakal dihina oleh masyarakatnya sendiri, tiap-tiap hari terus bercakap untuk menipu orangramai, terpaksa berbohong untuk mencari rezeki, terpaksa membuat Fitnah kepada suami untuk memuas nafsu Ibunya Dasiy Fajarina yang telah disahkan oleh Mahkamah Perancis sebagai 'IBU' yang paling jahat di Indonesia.

Dasiy Fajarina akan terlepas dari menjalani hukuman 'PENJARA' selama 18 bulan di Perancis kerana tidak ada kerjasama diantara Pemerintahan Indonesia dengan Kerajaan Perancis bagi menghantar Dasiy Fajarina untuk menjalani hukuman di Perancis. Tapi Dasiy Fajarina tidak akan terlepas begitu saja kerana "SALIHAH" akan terus berusaha untuk menuntut Pemerintah Indonesia supaya memberi kerjasama kepada kerajaan Perancis bagi menghantar Dasiy Fajarina menjalani hukuman di Perancis setelah dia lari ke Indonesia dan tak pergi lagi ke Perancis.

Orang yang melakukan KEJAHATAN pasti menerima hukuman dan setiap kejahatan pasti ada buktinya. Salihah telah mendapat pengadilan diatas KEJAHATAN Dasiy Fajarina, kerana Salihah mempunyai bukti apabila dapat menunjukkan rambutnya yang masih bercampur darah apabila kepalanya dicukur, CPT Manohara juga akan dapat pembalasan diatas KEJAHATAN beliau membuat FITNAH kepada suaminya TT, mungkin tidak berapa lama lagi CPT Manohara akan datang ke Kelantan memohon maaf diatas perbuatannya itu bagi menebus dosa diatas kejahatannya itu.

TT tidak mungkin melakukan kejahatan seperti yang dikatakan oleh CPT Manohara dan Dasiy Fajarina kerana sebenarnya perkara itu tidak benar berlaku, cerita diada-adakan kerana mahu mendapat wang dengan harapan ada pihak Istana memujuk untuk berdamai kerana Dasiy Fajarina telah pun bersuara bahawa dia tidak mahu wang. (orang yang bercakap tidak mahu sebelum ditanya sebenarnya dia mahu).

Rakyat Indonesia jangan terkejut apabila satu hari nanti Dasiy Fajarina membuat pengakuan bahawa beliau bercakap bohong kerana dia sebenarnya tidak ada bukti yang 'sah' untuk membawa TT kemuka pengadilan, Kalau ditunjuk baju dikoyak-koyak, kondom, darah dan bekas garu gatal, itu bukan bukti yang sah tapi diada-adakan untuk mengsansasikan berita sambil mencari publisiti dan pelanggang wayang.

Orang yang mendapat kecelakaan mesti terus mendapat doctor ataupun polis, tapi lain pula dengan CPT Manohara dan Dasiy Fajarina, mereka terus ke TV, berbicara, menyanyi dan menari, happy mengalahkan 'wak karjo'. Orang yang tidak siuman tidak mengaku yang dia itu gila. Inilah yang berlaku terhadap CPT Manohara dan Dasiy Fajarina.

Boleh jadi besuk telah siap barang-barang yang hendak ditunjukkan sebagai bukti, tapi parut luka di Silet-Silet, Parut kena api cigar dan parut kena strika tidak boleh diada-adakan kerana forensik tahu edahnya kesan tersebut. Mungkin bekas suntik dapat diadakan kerana bila-bila masa boleh bersuntik apabula deman, mungkin juga CPT Manohara telah pun ke dactor saudaranya secara senyap-senyap bagi menyuntik 'humor' untuk memperkuatkan hujjahnya bahawa benar dia disuntik humor sehingga muntah darah.

Kalau CPT Manohara mahu bercerai seperti dia menyanyi dalam rancangan TV dalam lagu Rasa Sayang Sayang Ai itu, kemukanlah tuntutan dan bilang dia hanya mahu surat cerai saja dan tidak akan buat tuntutan-tuntutan lain. Kalau mahu wang terus saja cakap sendiri jangan guna orang ketiga seperti seorang "DATUK" tu.

Setiap tuduhan perlu dibuktikan, maka itulah sebabnya O.C. Kaligis dan Ratna Serumpeat, orang yang mempunyai kewibawaan di Indonesia mengundur diri dari membantu CPT Manohara dan Dasiy Fajarina secara 'PERCUMA' kerana mereka telah berbau bahawa Dasiy Fajarina berBOHONG kepada mereka.

Yang tinggal lagi bersama Dasiy Fajarina dan CPT Manohara adalah mereka-mereka yang suka cari kesempatan kerana CPT Manohara itu cantik dan masih basah. Ingat CPT Manohara itu masih isteri orang nanti ada pula yang mengigit jari.

Sunday, June 7, 2009

"Benci Tapi Rindu"

Sungguh baik hati Tengku Temenggong. Walaupun dihina dengan tuduhan tanpa bukti oleh Isterinya Cik Puan Temenggong Manohara, beliau bersahaja, tidak bersedia untuk mengambil tindakan balas, tidak gopoh untuk mencabar, bahkan membiarkan Isterinya ke hulu ke hilir jumpa tv dan suratkabar bagi menuduhnya memperlakukan kekejaman terhadap Isterinya.

Kekejaman yang dilakukan oleh Tengku Temenggong kerana beliau dituduh, pada hal beliau tidak melakukannya, ini bererti beliau tidak kejam, sebaliknya Cik Puan Temenggong Manohara yang beraksi kejam terhadap suaminya Tengku Temenggong. Kejam kerana menuduh suaminya dengan mencipta reka cerita bahawa dia di silet-silet, disuntik, disterika sedangkan perkara yang dituduh itu tidak benar dan tidak ada bukti.

Yang anehnya, apabila blog ini mempertahankan tuduhan terhadap Tengku Temenggong dikatakan cuba hendak memanaskan perhubungan diantara dua negara, apa kaitan membongkar kepalsuan Dasiy Fajarina dengan Kerajaan. Orang buta pun faham, bahawa tidak ada kaitan langsung antara isu Manohara dengan keakraban diantara Malaysia dengan Indonesia. yang ada kaitan ialah tuduhan FITNAH terhadap Tengku Temenggong dengan Ibu Mertua Dasiy Fajarina yang 'gila harta' yang dijadikan anak sebagai 'modal' untuk memuaskan nafsu besar sebagai orang yang paling kaya dibumi Indonesia setelah 'gagal' beraksi di Perancis.

Dasiy Fajarina sudah berjaya memperbodoh 'junus', Dewi Sri Asih sudah menjelaskan tentang 3 orang pahlawan 'bodoh' yang membebaskan Cik Puan Temenggong dari mendampingi suami tapi masih 'gagal' mengenal pasti siapa bapa dan ibu kandongnya manakala Cik Puan Temenggong akan sepi setelah keagungan yang diperolehi dilenyapkan oleh Dasiy Fajarina kerana marah dan dendam kepada TT tidak menunaikan hajat nya.

Semua cerita dilayarkan di blog ini adalah tentang Tengku Temenggong dituduh tanpa bukti bahawa beliau telah menyiksa Cik Puan Temenggong Manohara oleh Dasiy Fajarina yang kita tahu latarbelakang Dasiy Fajarina tidak baik. TT dituduh melakukan kejahatan sebagaimana apa yang terjadi terhadap Salihah, oleh kerana Dasiy Fajarina berpengalaman bagaimana mahu menyiksa orang maka begitulah tuduhan dibuat terhadap TT.

Dalam pertemuan selama 12jam semasa di Singapore dengan Cik Puan Temenggong Manohara, disitulah disiapnya skrip apa yang perlu CPT Manohara baca dan lakunkan, itulah terjadi apabila CPT Manohara bertemu press di Jakarta, semua ceritanya sama dengan apa yang diceritakan oleh Dasiy Fajarina semasa CPT Manohara bahagia bersama suaminya di Kelantan.

Percayalah sekiranya Dasiy Fajarina membenarkan CPT Manohara berada disisi suaminya, pasti CPT Manohara akan bahagian apabila berada disisi TT dan itulah sebenarnya yang dimimpi-mimpikan oleh CPT Manohara. Perkataan 'benci'' yang keluar dari mulut CPT Manohara terhadap TT bukanlah keluar dari hati, tapi perkataan itu 'dipaksa keluar' kerana ingin mengambil hati kehendak Dasiy Fajarina. Kalau benci masakan mereka bercinta sejak tahun 2006 lagi.

Mungkin kah satu hari nanti, CPT Manohara ke Kelantan mencari suaminya atau bekas suaminya atau TT akan ke Indonesia kerana isteri barunya juga orang Indonesia. Siapa tahu?

Saturday, June 6, 2009

Jawab jangan tak jawab.

junus.
tanya MANOHARA maka bukti
1. tuduhan terhadap TT
2. tuduhan KEDUTAAN terima RASUAH.

Friday, June 5, 2009

Tanya MANOHARA, mana bukti !

"tuduhan rasuah di kedutaan"

Sejak akhir ini ramai orang memberi komen berhubung dengan penulisan dan penyampaian maklumat berhubung isu Tengku Temenggong Kelantan dengan Manohara dan tentunya komen-komen tersebut ada yang setuju dan tidak setuju, ada komen yang jujur dan ada komen yang sengaja mengalihkan pandangan supaya blog ini ditutup.

Mempersembahkan cerita sebenar apa yang terjadi diantara suami isteri itu, bukannya satu FITNAH apabila disertakan dengan fakta-fakta tapi apabila bercakap dan menuduh seseorang tanpa bukti yang sah itulah yang dikatakan FITNAH. Jadi dalam soal ini jangan blog ini disalahkan kerana sejak ianya dibuka semua foto-foto dan cerita yang dipaparkan adalah benar.

Yang belum jelas sekarang ini dipihak Manohara dan Dasiy, mana buktinya:-

1. Dada di Silet-Silet

2. Dahi di Sterika

3. Tekanan mental

4. Tambah lain-lain lagi.

Jadi tak usahlah ada diantara kita mengambil kesempatan untuk mencaci rakyat Malaysia ataupun Indonesia, tak usahlah kerana seorang Dasiy Fajarina maka negara hendak dilibatkan, maka tak usahlah kerana hendak menlindungi Dasiy diatas perlakuannya menyiksa seorang rakyat Indonesia di Perancis, kisah Manohara diperbesar-besarkan. Apa yang hendak tegaskan disini, rakyat Indonesia tidak bodoh, tapi ada orang yang diperbodohkan oleh Dasiy Fajarina, itu yang blog ini suarakan. jangan diputar belitkan keikhlasan blog ini untuk memberi makluman yang sahih kepada kalian.

Tunggulah beberapa hari lagi, Pak Duta Indonesia di Malaysia akan bertindak terhadap Manohara kerana tuduhannya yang teramat berat sekiranya Manohara tidak memohon maaf secara terbuka, Tuduhan yang mengatakan Pejabat Duta Indonesia di Malaysia terima RASUAH adalah tuduhan yang keras yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan juga negara. kalau Pak Dutanya sendiri Manohara boleh buat tuduhan palsu dan Fitnah, maka tak hairanlah Manohara dan Dasiy Fajarina memfitnah Tengku Temenggong Kelantan.

Yang mereka cari adalah Wang. dan sesiapa yang banyak wang bolehlah mendampingi keluarga 3 beranak itu.

Tuesday, June 2, 2009

Kasihan TT.

Perpisahan Tengku Temenggong dengan Isterinya Manohara telah dirancang dengan teliti sekali oleh pihak-pihak yang mendapat rastu supaya rakyat Indonesia tidak berada didalam Istana Kelantan. Kemunculan orang tertentu bagi mengantur kepulangan Manohara ke pangkuan ibunya ternyata berhasil. Penghinaan Manohara terhadap TT juga mungkin dirancang supaya TT terus membenci Manohara dan mereka tidak akan bersama lagi. Hasutan telah berjaya memisahkan pasangan itu.

Inilah lumrah hidup, disamping ada orang berusaha untuk memulihkan hubungan dan mempertahankan pernikahan yang sah ada pula golongan yang tidak senang melihat kebahagian orang lain, ada orang suka melihat ada orang lain yang duka, lantas dibuat perancangan untuk mempurak puranda keadaan, mereka mahu perpisahan TT dan Manohara berakhir dengan penceraian dan usaha mereka akan berhasil setelah Manohara menuntut cerai daripada suaminya TT.

Mereka mahu membiarkan seluruh rakyat Indonesia dan dunia mendengar curahan hati Manohara, mereka suka Manohara menfitnah TT, mereka berusaha untuk menyekat orang yang membela TT, biar TT keseorangan, biar tuduhan yang dibuat oleh Manohara tidak diperbetulkan, biar seluruh umat dunia percaya bahawa TT adalah orang yang zalim, zalim terhadap isterinya.

Puas hati mereka apabila TT tidak mempercayai Manohara lagi, apabila TT benci pada isteri yang menghinanya,lantas TT akan mencerai Manohara dan TT akan cari isteri lagi, biar yang tidak secantik Manohara kerana ada orang yang tidak suka apabila TT mendapat isteri yang cantik dan menawan. Boleh jadi mereka mahu Manohara jadi janda supaya mempermudahkan perniagaannya untuk dihidangkan kepada penyangak kerakusan sex.

Permainan apa yang mereka sedang mainkan untuk meruntuh rumahtangga TT yang dibina atas dasar cinta, yang pasti mereka tidak suka TT mempunyai pengawal peribadi, rakan kongsi dan sahabat handai yang sering meneman TT. Manohara dan Dasiy tidak tahu itu, kerana kebetulan Dasiy juga marah dan berdendam kepada TT. Maka cita-cita mereka itu akan berjaya sekiranya Manohara akan meneruskan hasratnya untuk menuntut cerai daripada TT.

Manusia merancang, ALLAH yang menentukan.

Monday, June 1, 2009

Tuduhan yang JAHAT.

Berihat seketika kerana menghormati berdukacita keluarga D'Raja Kelantan kerana Tuanku Al-Sultan Kelantan sedang menerima rawatan di Hospital Singapore. Dan Alhamdulillah kesihatan Al-Sultan bertambah baik dan beransur semboh. Tengku Temenggong dan Manohara George Mann berkesempatan menzairahi Tuanku Al-Sultan bermula pada 28hb. Mei 2009.

Kelmarin dan hari ini sibut di kaca TV dan Media Indonesia tentang pengakuan Manohara George Mann menfitnah Suaminya Tengku Temenggong seperti Dasiy Fajarina. Manohara George Mann mengiakan tuduhan Ibunya bahawa TT menyilet-nyelit dadanya, melakukan kekerasan rumahtangga (KDRT), disuntik humor supaya tenang bahkan sehingga muntah darah.

Hasil daripada kekerasan yang dilakukan oleh TT kepada isterinya Manohara selama hampir 3bulan semasa berada bersama TT, mengikut dakwaan FITNAH yang dibuat oleh Manohara George Mann itu, kini Manohara George Mann telah bertambah berat badan sebanyak 14kilo dan badannya bertambah berisi.

Orangramai diminta jangan panik dengan bicara Manohara George Mann itu, kerana disebalik tuduhan FITNAH yang dibuat oleh Dasiy fajarina dan Manohara George Mann ada sesautu yang hendak disembunyikan oleh keluarga 3 beranak itu (Dasiy, Dawi dan Mano). Latar belakang mereka bertiga itu akan didedah oleh George Mann Bapa Asli kepada Manohara dalam sedikit masa lagi. Siapa Dasiy, siapa Dewi dan bagaimana mereka berdua mendapat Manohara.

Memang membuat FITNAH, MENIPU, MENCURI adalah kerja asal Dasiy Fajarina dan diperturunkan kepada anak-anaknya, diatas kecantikan wajah Manohara George Mann diambil kesempatan oleh Dasiy untuk memperdagangkan mencari wang untuk menyara hidup mereka setelah rumahtangga bersam Pinot dihancurkan oleh keborosan Dasiy fajarina.

Setuju dengan kenyataan Anggota Komisi 1, Yuddy Chrisnandi yang mengatakan "Apa hanya kerana Manohara George Mann itu Seleberiti jadi harus di Prioritaskan, kerana sebenarnya Dasiy, Dewi(entah anak siapa)dan Mano bukanlah penting sangat kepada negera Indonesia kerana Dasiy sendiri adalah penjenayah yang telah dihukum penjara selama 18 bulan oleh Kerajaan Perancis tapi Dasiy lari kabur. Insya Allah Dasiy Fajarina akan menjalani hukuman penjara di Perancis tidak berapa lama lagi setelah Pemerintahan Indonesia berkenan menunaikan permintaan Kerajaan Perancis untuk membawa Dasiy ke Perncis.

Ingatan Yuddy juga supaya mana-mana orang yang mahu mencari menantu harus lihat-lihat dulu, dikira pesanan dan nasihat Yuddy itu adalah sangat baik. Malangnya Keluarga D'raja Kelantan tidak melihat dulu latarbelakang Dasiy Fajarina dan Manohara itu, akibatnya Tengku Temenggong di FITNAH oleh Ibu Mertua dan Isterinya sendiri.

Adalah dialu-alukan supaya Manohara George Mann buat lapuran polis di Malaysia dan Kerajaan Malaysia dan Indonesia hendaklah melantik doctor pakar dari negera berkecuali untuk menentukan tuduhan Manohara George mann terhadap Tengku Temenggong dan sekiranya betul Tengku Temenggong melakukan perbuatan itu beliau mesti dipenjarakan dan sekira nya Manohara George Mann didapati bercakap BOHONG kerana dipaksa oleh Dasiy Fajarina beliau juga harus dipenjarakan sekiranya Tengku Temenggong tidak memaafkan suara FITNAH yang dicakap oleh Manohara Pinot.

Kasus ini masih panjang, 3 babak telah pun ditayangkan, iaitu babab pertama Manohara George Mann lari pulang ke Indonesia melalui Singapore, babak kedua Tengku Temenggong membawa pulang Manohara George Mann ke Malaysia melalui Jeddah Arab saudi dan babak ketiga sekali lagi Manohara George Mann dibenar pulang secara sukarela oleh TT ke Indonesia melalui Singapore dan babak keempatnya bagaimana cara Manohara akan berada di Malaysia?.

Atau Dasiy Fajarina berjaya untuk meruntuh MASJID yang dibina oleh Tengku Temenggong dan Manohara George Mann diatas dasar Cinta sama Cinta (sekiranya Manohara jujur). terserah pada takdir kerana TT adalah seorang ISLAM.