Friday, May 29, 2009

Oh.....IBU MERTUA.

Cerita Ibu Mertuaku akan ditayangkan tidak lama lagi, Cerita Ibu Mertuaku ini tidak dilakunkan oleh seniman agong Tan Sri P.Ramlee juga bukan cerita seperti zaman dulu kala, tapi cerita Ibu Mertuaku ini adalah cerita terbaru dan masih lagi dalam pengambaran, dalam cerita ini ada adegan sedih, seronok dan kesudahannya ada yang duka dan ada yang suka tak ketinggalan juga ada yang akan kecewa dan merana.

Yang akan suka tentulah HERO dan HEROIN dan siapa pula yang akan kecewa, duka dan merana. Dalam cerita Ibu Mertuku ini sebenarnya tidak ada skrip, tapi masing-masing pelakun bebas mengunakan dailog dalam erti kata pelakun diberi kebebasan untuk bercakap sepuas-puasnya sama ada dalam dailog bertengkar atau memujuk.

Depan TV banyak aksi yang akan dapat dilihat, kadang-kadang menangis, senyum, serius dan kelakar, begitu juga dengan pakaiannya, ada pelakun memakai seksi, ada yang pakai kopiah, ada yang pakai jubah (jilbab) dan ada yang pakai stail mafia dengan jam yang mewah dan berantai dileher. Ada yang mengunakan pakaian rasmi seperti kod dan tai.

Topiknya Anak berpisah dengan Ibu, Sianak perempuan dibawa pulang oleh suaminya kerumah dan ibu mertua marah kepada menantunya, anaknya pula sayang pada suami dan ibunya, maka untuk meredakan keadaan adalah orang yang nak jadi orang tengah bagi menyelesaikan masaalah, tapi sebenarnya bukan masaalah ia hanya sebuah kehidupan yang sudah terhina diatas perbuatan seseorang itu. Dalam hal ini ibu adalah punca masaalah.

Anak dah menikah, dah jadi isteri orang, kenapa ibu masih bersusah-susah untuk mendampingi anaknya dengan tidak membenarkan anaknya mengikut suami balik kerumah mereka, kenapa ibunya berusaha supaya anaknya terus tinggal bersamanya, kenapa ibunya sanggup memisahkan supaya menantunya tidak boleh tinggal bersama anaknya sedangkan mereka sudah sah sebagai suami isteri.

Yang peliknya apabila anaknya berada bersama menantu, ibunya seakan-akan macam orang hilang pedoman, marah terus pada anaknya kerana melayan suami. Bagaimana sekiranya peristiwa sebegitu berlaku diatas diri anda. Apa yang harus anda bertindak kepada ibu mertua anda itu, sedangkan semua kehendak ibu mertua ditunai, bahkan diberi lebih daripada apa yang diminta.

Dan apakah tindakan akan anda ambil, apabila ibu mertua anda membuat fitnah dengan memberitahu orangramai bahawa anda telah memukul isteri anda, sedangkan terguris sedikit kulit pun anda tidak membenarkan berlaku kepada isteri anda. Apa yang akan anda lakukan setelah isteri anda bercakap dengan ibu mertua anda dan ibu mertua anda masih lagi menfitnah anda dengan mengatakan anaknya minta tolong kerana dia disakiti berada bersama anda, sedangkan anda dan isteri anda tiap-tiap hari hidup aman dan bahagia.

Apakah anda dapat menerima ibu mertua anda berjumpa dengan anda segera setelah dia setiap waktu menfitnah anda dan adakah anda zalim untuk tidak bertemu dengan ibu mertua anda itu dan anda dan isteri anda menjauhkan diri untuk sementara waktu. Adalah ADIL bagi anda untuk menjauhkan isteri anda dari diracuni oleh ibu mertua anda demi masa depan anda dan isteri anda tanpa diganggu gugat oleh IBU MERTUA.

IBU MERTUA kenapa kamu begitu?.

Wednesday, May 27, 2009

Percayalah

tidak ada luka didada manohara

tapi

ada duka didada tengku temenggong

Kesempatan yang diberi oleh YAM Tengku Temenggong kepada Dasiy Fajarah untuk berbicara dengan Manohara melalui telepon telah menyebabkan beliau difitnah. Dasiy Fajarina telah memberitahu wartawan bahawa CPT Manohara minta pertolongan kerana tidak mahu tinggal di Kelantan dan sakit-sakit, sedangkan selepas menangis rindu kerana sudah hampir dua bulan tidak bertemu ibunya, CPT Manohara lansung bersantai dengan Tengku Temenggong didalam Istana dan bergurau senda dengan gembira.

Apa niat Dasiy Fajarina sebenarnya dengan menceritakan pekara yang tidak benar kepada wartawan, lantas ada juga wartawan dan media menunding jari kepada Tengku Temenggong kerana difitnah bersikap kasar kepada CPT Manohara. Kenapa masih ada lagi orang percaya PEMBOHONGAN yang dikatakan oleh Dasiy Fajarina.

Oleh itu usaha Dato' Kadar Shah untuk mempertemukan CPT Manohara dengan Ibunya Dasiy Fajarina nampaknya semakin panjang, setiap detik apabila Dasiy Fajarina bertemu wartawan beliau memburuk-burukkan keadaan dengan terus menfitnah Tengku Temenggong, benci Dasiy terhadap menantunya tidak boleh diselindung lagi, lakunan suara yang lembut apabila berbicara dengan Tengku Temenggong tidak dapat menutup kebenciannya terhadap menantu itu, ini kerana CPT Manohara yang gembira berada dalam dakapan suami dikatakan sedang sakit oleh Dasiy Fajarina.

Fitnah yang ditabur oleh Dasiy Fajarina bertambah melukakan hati Tengku Temenggong. Untuk apa diaturkan pertemuan sedangkan sikap kianat masih membara didada Dasiy Fajarina terhadap Tengku Temenggong, betulkah Dasiy ikhlas mahu bertemu dengan CPT Manohara kerana rindu atau sengaja mahu cari peluang untuk bersua dan merancuni fikiran CPT Manohara supaya lari untuk kali keduanya ke Jakarta.

CPT Manohara yang berusia 17 tahun akan berkeadaan 'dalima' apabila berhadapan dengan Dasiy secara bersemuka. Dikiri Ibunya dan dikanan Suaminya, apa akan jadi sekiranya dalam pertemuan itu Dasiy memberi kata dua kepada CPT Manohara, "pilih aku sebagai ibu mu atau suami mu yang aku tidak menyukainya", bagaimana sekiranya kata-kata itu datang dari mulut Dasiy Fajarina apabila diberi kesempatan mereka bertemu.

Kerana dalam rekod perjalanan kehidupan Dasiy Fajarina, beliau adalah seorang wanita yang penoh pengalaman menjalani liku-liku keras, Dasiy Fajarina tidak ada perikemanusia terhadap musuhnya, dendamnya tidak mengira siapa, sama ada suaminya, anaknya atau teman rapatnya yang terbaru terhadap menantunya. Contoh jelas apabila beliau sanggup membongkar keaiban anak menantunya kepada umum untuk memuas kehendak hatinya yang berdendam terhadap Tengku Temenggong yang membawa pulang CPT Manohara dari Jeddah ke Kelantan.

Dalam hal ini, perlu diingat bukan Tengku Temenggong menghalang atau memisahkan Dasiy Fajarina dari bertemu dengan isterinya CPT Manohara, tapi kekejaman Dasiy Fajarina terhadap Tengku Temenggong yang menyebabkan ALLAH memisahkan anak dan ibu buat sementara waktu. Bersihkanlah jiwa anda yang turut memburuk buruk nama baik keluarga Kerajaan Kelantan, biarlah hanya Dasiy Fajarina menanggong dosa diatas perlakuannya, jangan pula anda turut mendapat dosa kering kerana mempercayai PEMBOHONGAN yang dibuat oleh Dasiy Fajarina itu.

Keputusan yang telah dibuat oleh Ratna Serumpaet dengan menarik balik sokongannya terhadap Dasiy Fajarina kerana membohongi publik adalah jalan yang telah ditunjuki oleh ALLAH swt. Percayalah bahawa Dasiy Fajarina tidak ada bukti yang boleh ditunjukkan dan disahkan bahawa CPT Manohara di Silet-Silet dan Dianiaya oleh Tengku Temenggong, kerana peristiwa dan cerita yang direka oleh Dasiy tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku kerana Tengku Temenggong teramat sayang kepada CPT Manohara.

Tuesday, May 26, 2009

Foto-Foto terbaru
Cik Puan Temenggong
MANOHARA TT.

Mukadimah mempengerusi mesyuarat


ketibaan Cik Puan Temenggong ke dewan persidangan



Cik Puan Temenggong sedang mempengerusi mesyuarat


sedang meneliti kertaskerja



CPT sedang mendengar taklimat




kata CPT, jumpa saya,
"Di Malam Busana ISLAM Perdana"

berita terbaru.

Ratna Sarumpaet seorang aktivis perempuan yang terkenal di Indonesia yang dulunya mendokong Dasiy Fajarina telah mundur dan menarik diri serta menyatakan bahawa Dasiy Fajarina telah melakukan "PEMBOHONGAN PUBLIK" kerana tidak bisa memberi bukti-bukti dalam lapurannya yang mengatakan Manohara di Silet-Silet dan disiksa oleh suaminya.

Sudah jelas, hari ini ternyata Dasiy Fajarina hanya memperalatkan pihak-pihak tertentu dengan memfitnah Tengku Temenggong Kelantan dengan mencipta cerita PALSU tanpa bukti dan akibatnya Dasiy Fajarina menerima malu apabila orang kepercayaan rakyat Indonesia seperti Ratna Sarumpeat ke Mabes POLRI untuk cabut pernyataan yang selama ini menyokong Dasiy Fajarina.


Monday, May 25, 2009

Siapa itu Rudy !

Setiap kali Dasiy Fajarina bertemu wartawan membicarakan soal anaknya Manohara ikut suami pulang ke Malaysia dan hidup aman damai, maka tampil seorang hamba Allah yang diberi nama Rudy menjadi jurucakap kepada Dasiy Fajarina, apa hubungan Rudy dengan Dasiy Fajarina belum jelas, seperti juga siapa Bapa Dewi Seri Asih.

Yang menariknya, Rudy marah-marah kepada Ichsan kerana pendedahan yang telah menyebabkan public tahu bahawa Dasiy Fajarina bermasaalah di Perancis yang menurut Ichsan bahawa Dasiy Fajarina menjadi buruon Kerajaan Perancis kerana didapati bersalah dan dijatuh hukuman selama 18bulan penjara dalam kes Penderaan.

Jadi sebenarnya bukan Manohara yang didera oleh YAM Tengku Temenggong tapi seorang rakyat Indonesia yang bernama Saliha yang telah didera oleh Dasiy Fajarina di Perancis dan didapati bersalah, ekoran daripada itu Dasiy Fajarina kabur ke Indonesia.

Rudy mengatakan Ichsan membuat fitnah kepada Dasiy Fajarina, lantas Ichsan membongkar segala tingkah laku Dasiy Fajarina semasa beliau berada di Perancis bersama suaminya Pinot sebelum mereka bercerai. Kini Dasiy Fajarina berada di Indonesia berstatus Janda dan ini boleh membuat Rudy berahi untuk menjadi jurucakap kepada Dasiy Fajarina.

Kalau tak silap, Rudy dulunya segak tapi kerana beliau dipukul orang pada tahun lalu matanya telah menjadi cacat sebelah dan hanya tinggal satu mata saja lagi. Seperti dalam filem orang yang mata satu selalunya dipanggil IBLIS. Apakah itu betul orang yang bernama Rudy?.

Wednesday, May 20, 2009

Siapa Dewi Seri Asih?

Dewi kakaknya Manohara akan meneruskan hasrat ibunya untuk membawa Manohara pulang ke Jakarta supaya dapat urus hal persekolahannya nanti. Khabarnya Dewi belum lagi ke Sekolah kerana masaalah keuangan yang menjadi penghalang utama untuk dia meneruskan pembelajaraannya ke Sydney.

Pada Dewi, adiknya mampu membantu persekolahan dia kerana apabila Manohara berada disampingnya di Jakarta, maka Manohara mampu mencari wang dengan menjadi Model atau pun Artis dengan pendapatan yang lumayan.

Manohara juga mampu mengumpul wang dengan perjanjian kontrek sebagai Model sesuatu product kerana memang banyak syarikat sedang menunggu memberi tawaran kepada Manohara kerana kecantikan wajahnya yang tentunya menjadi tarikan kepada pengguna.

Dasiy sudah hilang kekuatannya untuk merancuni fikiran rakyat bagi menyokong perjuangannya yang sia-sia dan tak berguna itu, rakyat sudah sedar bahawa cerita yang dibawa oleh Dasiy itu adalah sebagai sensasi dan publisiti murahan, rakyat yang mampu berfikir telah dapat membandingkan yang mana BOHONG dan yang mana REALITI, ternyata suara Dasiy itu Fitnah dan Blog Truth Appeared adalah suara kebenaran

Dewi yang nasibnya malang belum bertemu Bapa kandongnya dan Dasiy belum bersedia mendedahkan siapa Bapa Dewi yang sebenarnya dan ini agak sukar bagi Dewi untuk menempuh hari hari depan yang gembira seperti anak-anak gadis yang lain, apa tah lagi adiknya Manohara sedang bersenang-senang dengan Tengku Temenggong di ANJUNG ISTANA sambil bergurau senda, inilah yang akan menjadi kecemburuan kepada Dewi, maka tak hairanlah Dewi pada tiap-tiap hari menjaja Ibunya Dasiy kepada MEDIA untuk menagih simpati.

Kepada Dasiy, tolonglah dedahkan kepada MEDIA, siapa Bapa dan Ibu Kandong Dewi Seri Asih yang sebenarnya itu, semuga Dewi dapat meneruskan cita-citanya untuk sambung belajar diluar negara dengan tenang. Tengku Temenggong akan tunai janjinya untuk menanggong ongkos pada Dewi asalkan Dewi sanggup belajar tanpa berusaha menjatuhkan maruah TT.

TT juga sanggup menerima Dasiy bertemu dengannya setelah truama yang dialami kini kerana tuduhan FITNAH yang dilemparkan oleh Dasiy hilang dalam ingatan beliau.

Tuesday, May 19, 2009

Dia kepingin Anak....

CPT mahu belajar jadi IBU


ambilah nak, bilang CPT


alai do do do do si do do.



Monday, May 18, 2009

DASIY

muhasabahlah diri mu

Syukur Alhamdulillah, kerana nampaknya bilangan besar rakyat Indonesia telah dapat memahami bahawa kenyataan Dasiy Fajarina, Ibu kepada Cik Puan Temenggong Kelantan telah bercakap BOHONG dengan menuduh bahawa YAM Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammed Fakhry Petra menganaiyai dan Silet-Silet atau mencederakan dada isteri kesayangannya Manohara tanpa belas kasihan.

Ini dapat dibuktikan setelah blog ini dapat mewujudkan kebenaran dengan mempamirkan foto-foto terbaru dan yang asli. Foto-Foto tersebut dapat berbicara kebenarannya, walaupun Dasiy Fajarina terus dengan perangainya yang degil tidak mahu mengaku bahawa anaknya CPT Manohara hidup bahagia didalam Istana Kelantan.

CPT Manohara tidak saja beraksi dengan Still Foto tapi telah menzahirkan diri di depan TV dengan memberi komen-komen tentang aktivitinya sehari-hari dan juga telah menunjukkan kepimpinannya sebagai Penaung kepada satu pertunjukkan amal dengan mempengerusikan mesyuarat.

Dalam masa terdekat ini pihak TV3 akan memberi kerjasama bagi menjayakan program amal yang akan disertai oleh YAM Cik Puan temenggong bersama rakyat Kelantan dan tentunya program ini akan ditayang untuk tontonan umum. Dengan terlaksanakan program tersebut nanti maka terang dan jelaslah bahawa CPT Manohara berada dalam keadaan yang sangat terbela hidupnya bersama suami yang tercinta.

Dato' Farid Redzuan orang kuat Media Prima telah pun berkunjung ke Kelantan dan dah pun berjumpa dengan YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Temenggong Manohara dan secara tidak rasmi telah bersetuju bagi menjayakan program amal tersebut.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa CPT Manohara berada dalam keadaan baik, aman dan tenteram di Kelantan, tidak seperti yang dituduh oleh Dasiy Fajarina dengan hasutan dan fitnah itu. Maka kata-kata Pak Ichsan, Mama Luren dan lain lain orang tentang kebaikan YAM Tengku Temenggong Kelantan adalah BENAR.

Tentunya Dasiy Fajarina akan menerima balasan diatas perbuatan dan kata-kata yang tidak benar kepada menantunya. Oleh itu Dasiy hendaklah terlebih dahulu membuat pernyataan secara terbuka bahawa beliau merasa SESAL dan KESAL diatas tindakannya yang memalu dan mengaibkan anak menantunya melalui media.

Tidak ada gunanya Dasiy berkejar kesana kemari untuk mencari simpati, sekiranya beliau sendiri tidak mahu menolong dirinya sendiri. Tentunya ramai orang terpegun apabila melihat foto-foto CPT Manohara dalam blog ini sehingga tidak dapat komenkan lagi perkara-perkara yang tidak benar.

Thursday, May 14, 2009

WASPADALAH !!!

Gambar kelihatan CPT sedang berpidato ringkas dengan ahli-ahli Puspanita, Kelantan.




Hebat sungguh Dasiy dikelilingi oleh orang-orang bergelar Merah Puteh, tapi sayangnya orang-orang yang bernama tersebut dibawah tidak bersamanya iaitu:-



Pak Edy.

George Mann. (bapa Manohara)

Thomas Klouman.

Jurgen Rainer Pinot Noack.


Kalaulah latar belakang Dasiy itu bersih, maka ada seorang lagi serikandi Indonesia yang boleh ditonjolkan sebagai calun Presiden atau pun Wakil Presiden, Dasiy ada kebolehan untuk mempengaruhi rakyat Indonesia terutamanya pandai mengatur skrip yang mana perkara yang tak ada boleh diada-adakan dan ada pula pengikut yang ikut membabi buta.





  • Isu Manohara di anaiya telah hilang.


  • Isu Manohara di Silet-Silet telah padam.

(Kerana umum telah tahu bahawa kedua Isu itu adalah natijah PALSU dan BOHONG yang telah direka cipta oleh Dasiy).



Kini Dasiy cuba pula pikat masyarakat supaya mempercayainya bahawa Manohara memberi isyarat SOS, kata Dasiy tanda Manohara tidak happy dan minta pertolongan. Manakala foto-foto terbaru Manohara tidak menyebelahi tuduhan Dasiy itu. Foto terbaru mampamirkan Manohara sedang bercakap telepon dan sedang berpidato kepada peserta puspanita. Kalau Manohara tidak gembira, masakan Manohara dapat melakukan perkara demikian.


Blog Truth Appeare ini adalah realiti kehidupan Cik Puan Temenggong (Manohara), sedangkan Dasiy hari-hari menjalankan kehidupannya untuk menipu masyarakat Indonesia supaya mempercayai cerita BOHONGnya, Kerana masaalah sebenar yang Dasiy hadapi disembunyikan di Negara PERANCIS, yang sedang menunggu kedatangannya untuk menyelesaikan KES PENYIKSAAN terhadap seorang warganegara Indonesia. Tapi sayangnya tidak ada orang Indonesi ataupun pertubuhan sukarela Indonesia peduli terhadap tragedi itu.


Dasiy tentunya akan dapat bertemu dengan anaknya Manohara sekiranya tidak ada campurtangan orang luar dalam urusan keluarga, Dasiy hanya perlu bercakap benar dan menafikan kata-kata fitnah terhadap anak dan menantunya. Program telah diatur oleh Manohara untuk bersama Ibu dan Suaminya, tapi jangan ada adu domba oleh mana-mana pertubuhan yang kononnya hendak memperjuangkan nasib Manohara tapi sebenarnya hendak mempopularkan diri masing-masing, kerana dengan membuat huru hara tidak akan membuahkan hasilnya dengan baik. Bantulah Manohara dengan menasihati Dasiy supaya tidak melakukan perkara yang boleh memalukan anaknya MANO CPT.

Tuesday, May 12, 2009

Keberangkatan tiba YAM Cik Puan Temenggong
ke Majlis Ramah Mesra
Puspanita MPKB-BRI
pada 7hb. Mei 2009.



CPT disambut dengan hormat


CPT sedang diwawancara


tv3 MALAYSIA sedang wawancara CPT


CPT sedang menyampaikan ucapan ringkas pada ahli puspanit


ahli-ahli puspanita memerhati resepi CPT


wah !! ada gaya sebagai seorang suri rumahtangga





burung pipit atas padang
TT & CPT
sama cantik sama padan

Sudah kelu lidah untuk berkata-kata, pada mereka yang masih curiga, apa lagi yang perlu diteroka, gambar diatas menzahirkan semua, cantik molek manis ceria pasangan berdua, kita orang luar peduli apa dengan kata kata dusta dari ibu mertua. Kepada Ibu Dasiy marilah kita semua berdoa semuga TUHAN buka pintu hatinya, dari sesat didunia dan doakan juga supaya anak menantunya hidup bahagia.

Monday, May 11, 2009

lihatlah dan pandanglah



tidak ada apa yang hendak dirahsiakan

Sunday, May 10, 2009

hallo
hai rakyat Indonesia
saya disini, baik-baik saja

dan
pada ibu, saya ucapkan


SELAMAT 'HARI IBU'




YAM CIK PUAN TEMENGGONG KELANTAN
manohara

Saturday, May 9, 2009

Dasiy Fajarina dan 4 orang bekas suami.

e-mail yang baru diterima pagi ini tidak bermaksud untuk memalukan Ibu Dasiy, apatah lagi bukan sebarang tuduhan untuk menfitnah, tapi pertanyaan ini ada hubungan dengan keperibadian Ibu Dasiy yang kelihatan telah berubah dari seorang yang moden kepada seorang yang nampak telah penuh keimanan. Alhamdulillah.

Kehidupan Ibu Dasiy tidak pernah ada kesilapan, sama ada dalam mencari jodoh pada dirinya sendiri ataupun pada anaknya Manohara, hanya nasib barangkali tidak menyebelahi dia, apa yang sepatut beliau bersyukur dengan anugerah Tuhan tidak diamalkan untuk kebahagiaan dimasa depan.

Kebahagiaan yang patut beliau nikmati, beliau hancurkan, yang malangnya, nasib beruntung anaknya Manoihara pun hendak dihancurkan, boleh jadi itulah balasan Tuhan diatas kesilapan masa lalu Ibu Dasiy dalam mencari jodoh dirinya sendiri.

Kalau tidak silap Ibu Dasiy telah bersuami EMPAT (4) yang mana majoritinya adalah orang kulit puteh (bule') termasuklah ayah kepada Manohara (Cik Puan Temenggong) yang bernama GEORGE MANN dari United State (US), tak tahu pula siapa ayahnya kepada Dewi Sari Aseh kerana empat orang suami Ibu Dasiy itu tidak ada yang bernama Aseh ataupun Ari.

Kalau sebelum daripada ini Ibu Dasiy selalu memberitahu orang bahawa Dewi itu adalah anaknya kepada Pak Ari yang dulunya orang kuat PERTAMINA, tapi akhir-akhir ini tenggelam dan membuat orang bertanya, siapakah ayah Dewi sebenarnya.

Mengikut sumber dari langit, nama-nama bekas suami Ibu Dasiy ialah:-

1. Edy.
2. George Mann.
3. Thomas Klouman.
4. Jurgen Rainer Pinot Noack.

Pak Edy adalah rakyat Indonesia yang mana isterinya sekarang adalah seorang dactor pakar kulit, George Mann dari US, Thomas Klouman adalah rakyat Norway dan Rainer Pinot adalah rakyat Perancis. Maka kisah sebenar Ibu Dasiy akan dibukukan sesuai dengan kehendaknya yang ingin menjadi termasyhur didunia dengan perangainya suka memalu dan mengaibkan anak dan menantunya.

Kenapa Ibu Dasiy tidak malu melakunkan adegan memperlekehkan anaknya sendiri. Dan kita juga akan tunggu kesahihan bukti bahawa Ibu Dasiy juga mempunyai rekod yang tidak baik di Perancis seperti didedahkan oleh TV Indonesia.

Kalau sayangkan Ibu Dasiy, cepat cepatlah minta dia bertemu dengan MEDIA dan nasihat kanlah kepadanya supaya beliau memohon maaf kepada MEDIA dan pemerintah diatas keterlanjuran membuat tuduhan palsu kepada anak dan menantunya. Itulah jalan yang sebaik-baiknya bagi merapatkan hubungan kekeluargaan beliau dengan keluarga suaminya Manohara.

YAM Tengku Temenggong & YAM Cik Puan Temenggong
di Karnival Sua Rasa TV9.
diperkarangan Stadium Sultan Mohamed, Kota Bharu.


YAM Tengku Temenggong



YAM Cik Puan Temenggong



YAM TT & YAM CPT



TT sedang menerima lapuran terkini


CPT menerima cenderahati dari TV9



TT disambut oleh Pegawai TV 9

CPT diberi taklimat oleh Pegawai TV9

CPT asyik dengar taklimat

Hobi kebiasan CPT Periang dan Peramah.


Inilah realiti, inilah aktibiti CPT bersama suaminya Tengku Temenggong, hari hari bahagia mereka berdua seakan akan hendak diganggu gugat oleh mereka yang irihati, yang tidak suka melihat kebahagia mereka, yang cemburu melihat keagungancinta mereka. YAM Tengku dan Cik Puan Temenggong sememangnya hidup rukun dan damai didalam Istana. Persetankan mereka yang ingin memisahkan mereka.

Thursday, May 7, 2009

Kasihan pada mereka yang menyokong Dasiy, kerja mereka bertambah menjadi sia-sia apabila mereka sedar bahawa cerita Manohara di silet-silet itu tidak benar, itu cerita bohong yang direka-reka oleh kepintaran Dasiy yang mencari simpati.

Terbaru Manohara bersama suaminya hadir di karnival TV9 di Kota Bharu yang dihadiri oleh ratusan ribu pengunjung. Mereka kelihatan hebat dengan pakaian hitam putih, mereka dikelilingi rakyat yang berminat mecium tangan Cik Puan Temenggong (Nama Anugerah kepada Manohara oleh KDYMM Sultan Kelantan)

Tapi kepada mereka yang tidak terima nikmat Tuhan, masih tidak percaya bahawa Manohara begitu bahagia bersama suaminya sekarang, mereka hanya mahu menjadi jagoh tapi tidak berjuang untuk kebahagian rumahtangan Manohara dan Tengku Temenggong. Mereka cuba membuat alasan untuk melahirkan kebencian kepada rakyat dan negara Malaysia, sebenarnya mereka cemburu kepada rakyat dan negara Malaysia.

Sekarang mereka tahu bahawa mereka dibohongi oleh Dasiy, tapi mereka malu untuk mengaku lantas mereka mencari berbagai-bagai alasan untuk menuntup malu mereka, kerena orang yang cerdik pandai telah diperbodohkan oleh Daisy yang latarbelakangnya banyak masaalah peribadi.

Kepada mereka yang terlanjur memarahi Tengku Temenggong dan rakyat Malaysia, tak mengapa balik kepangkal jalan, jangan terus tersesat, kerana tidak salah mengaku kelemahan kita yang menyokong tanpa usul periksa. Tuhan sentiasa mengampuni dosa umatnya.

Semalam Manohara dan Suaminya bersantai di Pulau Rendang, di Trengganu. bermain mandi manda dipantai, bekejar berlari-larian sembil hilai ketawa, berenang bersama suami dilautan cina selatan, happy all the way dan hari ini selamat sampai di Istana Mahkota.

Sayangnya masih ada orang yang cemburu kepada kebahagiaan Tengku Temenggong dan Manohara. Sayangnya masih ramai percaya pembohongan yang telah dibuat oleh Dasiy. Sayangnya masih ramai orang yang ditutup hati dan fikiran oleh Allah. Sayangnya mereka tak dapat datang ke Kelantan. Sayangnya TT pada Manohara tak dapat digambarkan, hanya gambar pengukur segalanya.

Sunday, May 3, 2009

Saturday, May 2, 2009

PENGUMUMAN PENTING.

Kepada sesiapa yang sayangkan Ibu Dasiy Fajarina, mulai hari ini marilah kita sama-sama menasihati beliau supaya berhenti dari terus mencari sokongan masyarakat melalui kenyataan media memperalatkan NGO-NGO serta pemimpin Negara, kerana dengan cara itu tidak dapat menyelesaikan masaalah KELUARGA yang mereka alami sekarang ini, sebabnya:-

1. Ibu Dasiy terlebih dahulu hendaklah menyelesaikan 'status' beliau itu, iaitu masih isteri orang ataupun sudah janda.

2. Memperjelaskan siapa sebenarnya bapa kepada Dewi Seri Asih dan Manohara Pinot.

3. Siapakah orang yang bernama 'Sooni Ismono' dalam kehidupannya sehari-hari.

4. Dan ada kasus yang beliau masih bersembunyi.

Oleh itu adalah diharapkan kepada sesiapa yang terpanggil untuk membantu dan menyokong Ibu Dasiy dalam isu yang sengaja diada-adakan itu, terlebih dahulu ada baiknya selidiklah dulu latarbelakang beliau, Siapa sebenarnya DASIY FAJARINA itu.

1. Dalam Kes hutang puitang ?
2. Jenayah ?
3. Kemanusiaan ?

Bermula hari ini 2hb. mei 2009 adalah diminta kepada semua orang berhentilah mengaitkan kasus Manohara di anaiya, diselit-selit, di culik dengan sentiman anti Malaysia, kerana yang akan menerima AIB dan MALU adalah orang yang bercakap untuk membela Daisy itu selepas tahu siapa Daisy sebenarnya yang akan didedahkan secara langsung, sekiranya isu palsu ini terus di pernyatakan sebagai benar.

Cukuplah saudara/i semua memalukan Manohara dengan menyokong kenyataan Dasiy bahawa anaknya Manohara dianaiya, disilet-silet oeh suaminya, sedang perkara itu tidak pernah berlaku terhadap Monohara.

1. Manohara gembira dan senyum bukan kerana dipaksa
2. Manohara bertambah gemuk bukan kerana disuntik homur
3. Manohara menari poco-poco juga tidak dipaksa
4. Manohara jumpa rakyat jelata tidak diusung paksa
5. Manohara hadir di Istana Balai Besar tidak disuruh paksa
6. Manohara main piona atas kehendaknya
7. Manohara nonton bolasepak atas kemahuannya.
8. Manohara berkomunikasi dengan hand phone apakah dipaksa.

Semuanya saudara/i dapat menonton dalam semua station Television di Indonesia.

Cukuplah saudara/i semua membuat Manohara merana. kerana kini Manohara aman berdua dalam Istana.