Thursday, August 27, 2009

Derita Manohara !

Salihah, Sonni dan TT adalah mangsa kepada seorang janda yang bernama Dasiy Fajarina yang mempunyai seribu akal, PENJAHAT yang lepas bebas ditanah Indonesia yang mempunyai penduduk lebih daripada 230juta orang. Tersenyum Dasiy Fajarina kerana usahanya untuk membohongi rakyat Indonesia tercapai dengan jayanya, sehingga dapat mengumpul wang bermeliyer rupiah hanya dengan mempamirkan kecantikan si Manohara.

Ramai rakyat Indonesia 'tergila-gila' kepada Manohara, Ayam Goreng dinamakan Ayam Goreng Manohara, Tudung kepala pun dinamakan tudung Manohara dan bermacam-macam jenama lagi dinamakan Manohara. Bak kata orang di Indonesia sekarang, Manohara adalah idola semua lapisan masyarakat yang termakan dengan pembohongan dan penipuan Dasiy Fajarina.

Sedang orang melihat kegembiraan Dasiy Fajarina, tapi Manohara yang menjadi bahan sedang berperang dengan jiwa mudanya, duka sedang menyelimuti hati Manohara kerana Manohara sudah sedar bahawa ibunya Dasiy Fajarina adalah seorang manusia yang bertopengkan binatang dan berwatak iblis. Kini rahsia KEJAHATAN Dasiy Fajarina sudah terbongkar.

Pendedahan TT berhubung dengan tuntutan wang yang begitu banyak, pendedahan Sooni tentang pengelapan wang perniagaan dan pendedahan Salihah tentang perilaku kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh Dasiy Fajarina betul-betul memalukan Manohara.

Manohara yang baru berusia 18tahun sudah dicekam dengan kemaluan yang amat besar gara-gara perangai ibunya yang tidak cukup wang, yang tamak dan haluba, yang sanggup melakukan apa saja asal dapat wang sehingga Manohara yang sepatutnya bersekolah telah dipaksa untuk menjadi pemain senitron semata-mata kerana wang.

Manohara sekarang sebenarnya berada dalam keadaan derita dan kesedihan, derita zahir dan batin. Derita zahir kerana masyarakat dunia telah mengatahui bahawa ibunya Dasiy Fajarina adalah PENJENAYAH, PENIPU dan PENJAHAT manakala derita batin pula sebagai seorang remaja yang telah tahu erti kepuasan kini hanya dapat hayalan tentang kemanisan suami isteri.

Aduh, sakitnya jiwa Manohara dan sampai bila Manohara boleh bertahan untuk menguruskan kehidupan harian dengan denyutan nadi yang kencang, sebagai seorang insan, Manohara juga perlu kepada kepuasan dan sebagai isteri, kepuasan yang perlu didapat adalah dari suami, selain dari suami yang boleh melegakan adalah datangnya mimpi, adakah Manohara selalu dan masih bermimpi bersama TT?.

Cekalkah Manohara untuk menghadapi hari-hari yang suram nanti setelah ibunya Dasiy Fajarina terpaksa menjalani hukuman penjara diatas perbuatannya sendiri, dengan siapa Manohara akan didodoi dan dibelai kerana orang yang menjaganya sudah terpisah dan Pinot tidak boleh diharap kerana telah terbukti perangainya tidak boleh melihat perempuan muda.

Kemana Manohara setelah episod Sinetronnya tamat nanti?

27 comments:

  1. Love Sense patut patentkan Derita Manohara. Ini memang boleh buat sinetron. Sinetron Manohara tu dari segi Manohara kena dera. Tapi Love Sense bunya tulisan kat atas tu membuat kita berfikir dari pandangan yang lain pulak. What if Manohara dah nampak perangai buruk maknya? Knowing what she knows now, what should Manohara do? I can just imagine this sinetron punya banyak flashback scenes. Interesting.

    ReplyDelete
  2. Hi Guys!
    Good Morning! Semoga semua sihat2 saja!
    Mudah2an riwayat DF akan berakhir di penjara France – sa harus nya!

    Andrew, kita berdua ini macham “master yoda palsu” > cut n paste aje!
    Tapi kan, kita member maklumat2 yang asli ya! dan bukan yang tidak2
    Andrew, aku baru dengar lagu band group Signy – Sepi tadi di Youtube – sunggoh enak! and sunyi dan sepi! Kamu tau siapa lady yang ada di video clip itu? Sunggoh beautiful dari Mano! TT should have a girl like her rather than Mano! Don’t you think so?

    Temban, you must pandai masak! Your menu sunggoh menyelerakan > Babat, Salmon and Veggie – all my favourite!! Hmm yummy!!! Have you ever try grilled Salmon dengan topping sambal udang? De..li..ci..o..o…us!!! Sorry ya kawan2 nanti batal pulak puasa hari ini!

    Honey, itu hari nak cari sate babat, tapi dah habis! Ada frust sikit, terpaksa beli ayam penyet!
    Ni tentang sinetron Manohara di RCTI – betul kata honey, sekarang rating nya dah turun macham domino, dah tak banyak menonton kerana banyak pergi sembahyang terawih dari buang masa tengok sinetron itu. Lagi, jalan cerita tak ada langsung. Stage Interior setting pekak! (hmmm mentang2 aku ini designer) Aku ingat during the video trailer dulu, nampak macham interior setting of a palace, tapi…lain pulak!
    Itu lah.. dulu dah tinggal di Palace yang indah, tamak! dan dengar sangat dengan ibu nya yang tak betul…kan ini padah nya…Think before you leap! Or you will step on a lot of shit!

    Aina, saya baru surf your blog site, very intresting!

    DF berbuka apa agak nya, hari ini ya? …BBQ Ribs and Tiger B… agak nya! KaKaKaKaKa!!!

    Salam Semua!

    ReplyDelete
  3. Klu dulu manohara tidak mengikut nasihat tak guna ibunya untuk menentang TT (sekaligus suaminya) utk memenuhi kepentingan busuk hati ibunya, mungkin manohara tidak perlu melalui situati begini, tidak perlu berhadapan dengan kecelaruan hati & fikiran seperti skrg, klu manohara mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh islam bahawa tempat seorang isteri adalah disamping suami dan harus patuh dan taat pada suami (bukan lagi pada ibubapa setelag berkawin)selagi suami tidak menyuruh melalukan perkara yang bertentangan dgn agama, pasti hidupnya sudah aman dan bahagia, punyai zuriat yang comel,menambahkan seri istana Kelantan... tapi sayang semuanya telah menjadi sejarah dan sejarah tidak bisa diubah, apa yang perlu difikiran adalah msa depan...seperti kata pepatah:
    "Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah harapan yang bakal dilalui..."

    Maka sediakan fizikal dan mental utk melalui apa yang bakal dilalui pada esok hari...Kerana apa yang berlaku esok adalah diatas pilihan yang telah kita buat pada hari sebelum nya... yeah... falsafah pulak ... hehehe...

    ReplyDelete
  4. heeee ye la lovesence..ter sebak sikit..kalau la manohara ni jadi mangsa dri ibunye...alngkah kesian nye hidup dia...malangnye nasib dia kan.... saya suka waktu mano sbg cik puan temenggung...nampak ayu..berkarisma..intellegent..banding dgn skrg..langsung hilang seri muka dia...

    ReplyDelete
  5. rasa mano tak teringatkan TT kot..dulu masa masih jadi isteri TT,mano sempat couple dgn ryan haryanto lagik..inikan plak dah lepas bebas..
    baca dr thread socialite indo,mano sekarang couple dgn this one guy,mohede ke ape ntah namanya..selalu dating kat rooftop malam2..wallahua'lam

    nasihat sy pd TT,lupakan jelah mano..walaupun mano insaf sekalipun,benda dah jadi terlalu jauh..tak mungkin TT dan mano akan kembali seperti dahulu lagi..sedangkan perkahwinan yg cuma beberapa bulan tupun penuh onak duri..
    lagipula,mano tetap darah daging daisy,sedikit sebanyak sikap daisy diwarisi oleh mano...mano tidak sesuai untuk menjadi puteri di negeri berpayungkan Islam...
    move on with yr life ,TT..rakyat kelantan amat berharap TT mendapat iktibar dr kes mano ini..hati2lah dlm memilih isteri,k. good luck!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. eh... xsedar LS dah buka pintu..

    asik sembang kat blok Permata n Kak Aina jer.. kawan2 semer tengoklah selalu dua blog kawan kita tu.. best citernyer.. apalagi si Permata nak buat aku pengsan ketawa dengan lawak group dier..

    Woi Ram yer daripada copy link buat penat kengkawan poser2 ni nak right click tambah energi tambah penat lebih baik kasi dorang yang dah siap saji.. wakakakka..
    Ram nanti saya tengok sapa lady kat videoclip tu.. penasaran lak..

    Honey - mana u pegi sayang? wah perli saya ya dengan akak ipar? xnampak tu apa kata permata yang buat u blushing? kikikik... gurau jer.

    kejap lagi nak tengok blog Honey.. kot2 dpat ilham nak balas dendam.. ish.. xpuas ati betul tengok honey kejekan saya ari tu.. nanti U!!!

    amoimelayu ni betul2 sasterawan kot?

    ReplyDelete
  8. @*honey*
    betul betul betul....
    bersihkanlah hati ,dengarlah kata hati ,dan serahkanlah hati kepada yang maha kuasa.
    insya allah jalan yang akan ditempuh pun di ridhoi oleh yang maha kuasa..amin.

    ReplyDelete
  9. Bro Ram, aku dah tengok vidclip tu.. pompuan tu namanya Nadine Chandrawinata, itu tu Puteri Indonesia yang ikut ajang Miss Universe tahun 2007 kalau xsilap. wah kece ke bro? kikikik..

    tapi bro dier tu mak Indonesia bapak Jerman.. blesteran indo-jerman katakan..

    ReplyDelete
  10. eh aku salah ram, mak dier la Jerman, bapak Indo.. hmmm.. suka ker Ram? hehe.. kumis kau boleh taklukkan dier kot.. geli2 napsu pasti dier. kikikik...

    Permata n Honey - dah buka so lebai cket xpe kan? x over kan?

    ReplyDelete
  11. Salam semua,
    Tembam, ram, Amoy, Permata, anko, honey... Yang lain2 belum nampak..

    Hari ni memang sibuk, tak sempat nak singgah sini.

    Ram, blog I tu tak berfaedah.. hanya tempat I lepaskan tension. I tulis secara spondan jer.. grammer, tatabahasa semua lintang pukang.. Tak per laa tak ada cikgu nak kasi markah pun.


    Love Sense,
    Seperti yg saya kata kan sebelum ni, Mano tu mentah lagi.. masih tak tahu mana yg baik mana yg buruk. Girls usia tu, yg tahu cuma nak berseronok jer. Kalau difikirkan secara mendalam, simpati dengan Mano. Dia juga sebenarnya adalah mangsa. Dibesarkan dalam keluarga yg purak peranda. Ibu bertukar-tukar suami, sedikit sebanyak memberi kesan psikologi pada anak. Dapat pulak emak jenis emak ayam macam tu. Rosak laa anak.

    Suka tengok masa Mano di KB dulu, pakaian tertib, dilatih berprotokol cara baik dan terhormat. Umpama berlian, kalau diasah dengan baik, pasti bersinar.. tapi kalau salah asah...habiss laa..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Hi all, sis Honey, bro Ram, bro Andrew, Love Sense. rindu aku pada semua, camana puasa dan amalan lain sepanjang bulan suci ni? mudah2an semua sehat, dpt beribadah dengan tenang.

    Aku rasa mano taklah derita sangat, mungkin susah hati sikit sebab mcm2 kes yg mak dia dan mungkin dia bimbangkan populariti dia yg dah menurun. aku rasa dia dah diberi mcm2 benda utk lupakan TT dan hidup dia kat kelantan, knowing nenek lampir and what she's capable of doing.
    TT pun aku tak fikir masih ada hati nak mano balik semula, she's done too much damaged. Aku rasa TT sekarang ni lebih berfikir nak clear nama dia dan buktikan yg dia difitnah. TT berpelajaran tinggi, beragama dan dapat didikan yg baik aku sure TT tau nak nilaikan apa yg terbaik utk TT, kerajaan dan rakyat kelantan.
    Itu fikiran akulah, tak semestinya korang setuju dgn aku.

    ReplyDelete
  14. Selamat malam dan selamat puasa kepada semua..
    Honey,permata hati,
    Anko, Amoymelayu,
    Ram, Tembam,
    Love Sense, Aina@Azila,
    Andrew, Inang manja,
    Junus,Master Yoda,
    Aurora Dll

    Utk copycat gak selamat puasa lau muslim..

    Puasa2 ni bz sket nak comment..
    Lemah badan pon ada.. hehe..
    Kadang2 kena kurangkan maki memaki..
    Sebab sifat benci tu buat hati sakit jer memanjang.. Bebanan

    Peace... ;)

    ReplyDelete
  15. hi alll.........wah meriah plak ye mlm2..TT u should move on..tak perlu fikir Mano lagi..sesak fikiran..hehehe apakata TT cri je yg lain..kawin lain je..hikhikhik..biar MANO terkedu..nnti kalau TT kawin lain baru kot dtg menyesal dia..hmmm itu pendapat saya la..mlm tadi tgk citer hindustan...sri dewi, anil kapoor and urmila berlakon..sedih citer dia..tapi pasal sorang isteri yang tamakkan harta then dia jual hubby dia pada pompuan kaya..sbb pompuan kaya tu cintakan suami dia..harta tu hanya bawa kebahgiaan semntara je..kt dunia..tapi hubby, anak2 suma untuk akhirat....

    kalau la Mano terpikir dia takkan wat mcm tu...skrg Mano lebih kepada Duniawi..nmpak sgt...

    skrg dh akhir zaman.... kna insaf n sedar2 kan diri sikit...dunia dh smakin tua...tk leh lalai untuk dunia je..kna gak pikir akhirat..
    nnti kalau mati...suami tk redho..ke Neraka la jawabnya(nauzubillahiminzalik)

    tpi kalu smpat minta ampun maaf..insyaALLAH...

    ReplyDelete
  16. hi teman2 semua apa kabar.adiq,andrew,permata hati.bro ram MRstreet.amoymelayu,master yoda.my dear junus.aina@azila.anko.aurora mana pegi?dan semuanya la selamat berpuasa semoga amal ibada di terima allah amin.
    untuk kaum adam selamat menunai kan sholat jumaat nanti semoga mendapat berkah dan rahmat dari nya amin.
    e tak perasan pulak besok kita da berhujung mingu terase cepat waktu berlalu.da semingu kita puasa diam tak diam da nak dekat la dengan hari raye hehehe
    ade yang da tempa baju nampak hehehee

    dear junus kalu da dapat lagu dodoi si dodoi tu bagi tau honey la yer thanks :)
    nak la aku dengar lagu dodoi si dodoi tu:)

    permata betul kata kau
    dunia da semakin tua
    da banyak tanda2kiamat ni kata mom aku :)

    adiq
    lama tak comment kat sini rindu dengan comment adiq.
    honey paham pasti adik sibuk dengan pelajaran sekola?.
    all the best untuk adiq semoga success dalam pelajaran amin:)

    ReplyDelete
  17. masya allah Lovesense? what happen to my comment? aku nak sembang ngan member2 kat sini. semalam aku comment ada technical error kaa x masuk???

    selamat berpuasa dan berbuka semua!!

    ReplyDelete
  18. Mano tak takut ke?? Tak dapat keredhaan suami. Apa dia buat lepas ni pun takkan success.

    ReplyDelete
  19. sy faham perasaan TT yg cintakan mano dan sedih kehilangan isteri tercinta..sy faham..
    kalau kita dah cintakan seseorang tu,walaupun org lain memandang pasangan kita itu jelek,tapi kita tetap lihat pasangan kita itu sebagai yg terbaik,terindah..
    mungkin itu perasaan TT pada mano...

    tapi TT,usahlah dikutkan sgt rasa hati..byk mohon pd Allah minta petunjuk kejalan yg benar,minta dibukakan hati melihat kebenaran yg lain..

    secinta2 nya TT pd mano,ingatlah TT..mano telah menghina ayahanda dan bonda TT,dan rakyat kelantan secara khususnya..bukan sekadar mengaibkan TT..pantaskah mano masih dicinta dah diharap?jgn hanya fikirkan duniawi sahaja...ada hikmah disebalik semua ini..

    mano sudah 17thn,dia sudah mumaiyiz,sudah akhil baligh,sudah bisa membezakan antara yg buruk dan yg baik...tidak wajar kalau kesalahan 100% diletak pd daisy seorang..mano juga harus bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannnya sendiri...mano mmg sygkan ibunya,mano sukakan cara hidup yg diajar ibunya..
    mano sudah diberi pilihan samada mahu hidup secara terhormat di istana kelantan,atau hidup lepas bebas bersama ibunya..mano sudah merasai kedua2 kehidupan itu,dan ternyata mano memilih hidup bersama ibunya..so,itu pilihan mano...biarkan dia jalani hidup pilihannya,mahu tertonggengkah,mahu terbalik kah..it's her choice..

    hahaha..maaf kawan2,terpanjang pula comment ni..hehe..bukan apa,bila baca postings lovesense ni,seolah2 TT masih mengharap pd mano,sy jadi rasa tak sedap hati..i have to express my opinions..harap2 TT sudi baca..hehe

    Selamat berpuasa to all!

    ReplyDelete
  20. Hello Guys!
    Seronok dapat lihat semua disini! Love Sense, Honey, Andrew, Inang Manja, Adiq, Permata Hati, Amoymelayu, Tembam, Aina@Azila, Junus, Master Yoda, MRstreet, Anko, Sakura, Aurora dan yang lain semua…. Semoga semua bersemagat untuk menjalankan tugas hari2an dengan baik nya hari ini! Amin!!

    Andrew, Oh rupa nya lady itu Nadine! Cantik betul dia!! Putri Indonesia, rupa nya!..... Tapi kan..orang macham kita mana ada level dengan orang kedudukan macham dia! Jauh panggang dari api!!! Hei! Hei! Tapi kalau aku cakap ni harap TT tidak tersinggung, kerana kalau aku bezakan antara paras Mano dengan Nadine > paras rupa Nadine lagi lebih anggun tapi tak tahu lah pulak dengan personality dia.> my opinion only!

    Adiq, Hei Bro! you’re back! Good to hear from you. We know you been having exam lately and hope you managed to tackle all the papers with much confidence. Aku somehow agree with your saying. Mano sudah nekat memilih jalan mengikut kehendak ibu nya. The reality is that she was not ready to marries in a Royal family cuz she and her ungracious mother thought, her beauty could over right the custom and tradition of a Royal protocol. May be she thinks it was an easy ride but I guessed she’s wrong. Anyway, what ever it is, I hope now, she would open her eyes and see the difference between right and wrong cuz it is not to late for her to repent di bulan Ramadan yang mulia! But still what sins has been done, hanya Tuhan yang Esa dapat menentukan. Amin! Ini pun opinion aku aje..tak tahu apa orang lain fikirkan!

    Honey, tak tahu pulak tentang sate padang ini? Betul ke ada sate padang di sini? Aku tahu dulu ada satu Indonesian Restaurant Padang di Changi, sunggoh enak! Asli 100% dan ada satu tukang masak orang Padang yang sunggoh asli masakkan nya… tapi sekarang Kedai Restaurant itu dah tak ada lagi. Tapi mereka tak jual sate padang but their rendang beef dan opor ayam – sunggoh2 hebat! Lagi satu kedai Nasi Padang di sebelah Great World > sunggoh asli dan seda..p..p..p!!! Tak tahu pulak kalau di situ ada sate padang…nanti aku nak survey! Ops! Sorry ya! kawan2, kita poppek pasal makanan di S’pore pulak!!
    Honey, boleh tak cerita pasal nenek keropok kat blog honey? Kerana aku pernah dengar cerita itu tapi tak tahu betul atau hanya rekaan orang saja!

    Aina, Saya lagi suka baca blog yang tidak ada restriction dengan grammar atau broken language and spontaneous….lagi best! Very interesting and very natural… terutama bila kita, macham saya ni berbahasa pasar kalau bicara. Anything goes!! Asal orang lain boleh faham..

    MRstreet, Aku rasa kan tak salah sekali kala kita maki hamun, asalkan hati mesti baik! Betul tak!!. Selamat berpuasa Bro!

    Ini Pantun Free:
    DF bukan bermakna Duty Free
    Tapi Daisy Fajarina yang sangat nnngerii..
    Kapan agak nya dia ka La’Francee
    Hai…tunggu saja bila tangan nya di gari…

    Salam semua! Selamat berbuka Puasa! Amin!

    ReplyDelete
  21. Hi kawan2 seme! Mesti seme tengah nak buka puasa tu...

    Inang macam banyak org kat sini rasa manoharan telah memilih jalan hidup dia dan mungkin dia tak sedih bila ingatkan kenangan2 di Kelantan. Tapi itu cuma 'mungkin' dari apa yg kita lihat dari luar, dalamnya tuhan jer yg tau. Inang pun tak rasa yg TT mengharapkan manoharan pulang ke pangkuannya, Inang pasti yg TT sangat terluka dengan perbuatan manoharan dan tak mungkin TT nak menjalaninya untuk kali yg ke3. Betul tak TT sayang? Apa pun, Inang dan kawan2 selalu mendoakan agar TT dan manoharan yg dua2nya Inang sayang dan Inang anggap mangsa keadaan, selalu berbahagia dengan jalan yg dipilih, amin...

    Kawan2, Roaring Ram, Sweet Honey, Playboy Andrew, Precious Permata Hati, Chei Amoy Melayu, Magnificent Manohuruhara, Adorable Aurora, Hungky Mrstreet, Adiq Manja dan lain2, Inang ucapkan selamat meneruskan ibadah sepanjang bulan suci ini dan salam sayang dari Inang.
    Kawan2 Inang tercari2 Adorable Aurora, where are you dear?

    Itulah jelah kawan2, salam sayang dari Inang untuk seme...

    ReplyDelete
  22. Sweet Honey, Inang cuba nak bertandang ke blog sweety tadi. Tapi ditolak kerana hanya 'by invitation'.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Indonesia siap berperang melawan malaysia. malaysia tak guna membuat website & blog palsu utk memanas2i Indonesia yg seolah2 ada pihak tertentu yg mau menghadu domba antara Indonesia raya melawan malaysia yg kunyuk itu. semua blog & website yg mengatas namakan sumber di USA itu semuanya cuma rekayasa dari pihak malaysia. taktik lempar batu sembunyi tangan ini tak guna bagi kamu. mau perang kirim saja pesawat tempur canggih kalian kemari. Utk apa membuat website/blog www.opix.com yg seolah2 dari USA itu ?

    ReplyDelete
  25. komen anda akan terlihat setelah disetujui, inilah tanda2 pengecutnya malaysia dlm menghadapi komen yg tajam & pedas. malaysia maunya dipuja puji, phuiiiihhhhh, ggggrrrrooookkkkk, phuuuuuiiiiihhhhh

    ReplyDelete
  26. @*honey*
    kemane nak hantar MP3 dodoi di dodoi tu?
    e-mail?

    ReplyDelete