Friday, September 25, 2009

Dasiy Fajarina & Manohara 'kecundang lagi'

Berita terbaru, dipetik dari Malaysiakini.
Dasiy Fajarina dan Manohara ternyata sudah habis Dana untuk melantik peguam/pengacara bagi membela kes yang telah dituntut oleh TT, Lakunan Senatron tidak menjadi lantas bayaran tidak lagi lumayan akibatnya Peguam Manohara, ibu tarik diri kes saman RM105 juta
Sep 25, 09 6:45pm

Firma guaman yang dilantik isteri dan ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra bagi mewakili mereka dalam kes saman fitnah, menfailkan permohonan untuk menarik diri menjadi peguam cara kepada mereka berdua.

Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates dalam permohonan saman dalam kamar juga memohon perintah mahkamah supaya semua prosiding writ saman yang dikemukakan Tengku Fakhry terhadap ibu mentuanya Daisy Fajarina dan isterinya Manohara Odelia Pinot digantung sementara, sehingga pendengaran dan keputusan permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

Tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar permohonan itu.Turut disertakan dalam permohonan itu yang difailkan pada 9 Sept lepas di Mahkamah Tinggi Sivil ialah afidavit sokongan peguam Fakrul Rizal Abdul Manaf yang dilantik Daisy dan Manohara bagi mewakili mereka dalam kes saman fitnah RM105 juta yang difailkan Tengku Fakhry pada 20 Julai lepas.Fakrul Rizal dalam afidavit sokongan yang diikrarkan pada 8 Sept lepas berkata bahawa Daisy dan Manohara telah melantik Faiz Adnan & Associates yang beralamat di Jalan Abdullah Off Jalan Bangsar dan Farhat Abbas & Rekan, pengacara dari Jakarta sebagai pengantara antara Tetuan Fakrul Hisham dan Daisy serta Manohara."Saya menegaskan defendan-defendan (Daisy dan Manohara) telah memberikan arahan bahawa apa-apa dokumen, pertanyaan, arahan atau permintaan daripada pihak kami hendaklah dibuat melalui pengantara tersebut," katanya.

Fakrul Rizal berkata bahawa Daisy dan Manohara telah memberi arahan kepada pengantara berkenaan bahawa mereka tidak akan datang ke negara ini untuk sebarang perbincangan di antara Tetuan Fakrul Hisham dan mereka.Beliau berkata bahawa tanpa arahan terus dan jelas daripada Daisy dan Manohara, beliau tidak dapat meneruskan sebarang tindakan terhadap mereka."Arahan yang diterima melalui pengantara tersebut tidak jelas dan tidak dapat dipastikan kesahannya yang boleh menjadikan setiap fakta yang diberikan oleh mereka melalui pengantara itu sebagai dengar cakap," katanya.Fakrul Rizal berkata tindakan Daisy dan Manohara menggunakan pengantara berkenaan untuk berurusan dengan pihaknya menyebabkan firma guaman itu tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Daisy dan Manohara dan menyukarkan untuk membuat persediaan dokumen berkaitan kes itu.

Semalam, peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Fakhry, berkata walaupun hampir sebulan diserahkan writ saman fitnah itu Daisy dan Manohara masih tidak memfailkan penyataan pembelaan bagi menjawab pernyataan tuntutan yang dikemukakan anakanda Sultan Kelantan itu.Tengku Fakhry dalam pernyataan tuntutannya mendakwa pihak defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu.Ketika dihubungi hari ini Mohd Haaziq berkata sekiranya, Daisy dan Manohara masih tidak memasukkan pernyataan pembelaan, pihaknya akan memohon perintah mahkamah bagi mendapatkan penghakiman ingkar. BERNAMA

6 comments:

  1. Ni lah orang kata - they got the taste of their own medicine. They started it but can't finish it.

    They bite more than they can chew. Their credibility is on the line.

    ReplyDelete
  2. Salam... raya pn dah makin belalu mesti seme dah start keje and pulang ke bandar semula... apa pun selamat kembali bekerja...
    Tak sabar nak tunggu apa kesudahan Ku TT & Manohara ni... asek tangguh... yang tu tarik diri, yang baru tolong amik kes, yang lama (Farhad & Hotmat) sekejap menyalak sekejap diam... tak tau la bila akan settle, tapi berat mata memadang berat lagi bahu yang memikul... mesti Ku TT lagi tensen tahap gaban nak settel cepat2, nanti leh la bersanding lagi sekali ya TT... dgn org yang jauh lebih cantik, lebih baik, dan lebih sayang TT... cuma jangan la lupa jemput supporter TT kat Toughline ni muhehehe... Kekawan apa citer? senyap jer? Tak kan beraya sakan lagi???

    ReplyDelete
  3. Yg jelas si mano dan ibunya ini mmg goblok..tidak ada susah dicari susah.

    ReplyDelete
  4. ingatkan diam mengatur strategi rupanya nak cabut lari... mana nak letak muka tu?

    confirm tengah cari suwa dlm org lain lak ...

    TT -demo nikoh so lagi ... cari hok molek deh!

    ReplyDelete
  5. Setuju with aurora..TT, demo nikoh sore lagi...cari hok molek la..

    peguamcara pun tarik diri..mmmmapa sebabnya agaknya...sendiri mau ingat la mano..

    ReplyDelete
  6. Tembam said...
    Ni lah orang kata - they got the taste of their own medicine. They started it but can't finish it.

    They bite more than they can chew. Their credibility is on the line.

    September 26, 2009 4:24 AM

    Tembam, well said. This is what happens when you bite more than you can chew. LOLS

    ReplyDelete