Alhamdulillah, usaha YAM Tengku Temenggong Kelantan untuk membersihkan nama baiknya telah mendapat keredhaan dari Allah swt. Hari ini Mahkamah sivil Kuala Lumpur telah memutuskan dengan membenar tuntutan yang telah dibuat oleh TT terhadap isterinya Manohara dan Dasiy Fajarina yang mencemar nama baik TT dengan membuat tuduhan palsu dan menfitnah.
Kegagalan Manohara dan Dasiy Fajarina memasukkan pembelaan dan mengadakan peguam telah menyebabkan Mahkamah membuat penghakiman yang mana Manohara dan Dasiy Fajarina dijatuhkan hukuman supaya membayar gantirugi yang dituntut oleh TT. Jumlah sebenar yang wajib kena dibayar oleh Manohara dan Dasiy Fajarina kepada TT akan diputuskan setelah peguam TT memasukan taksiran sebenar kepada mahkamah.
Sudah terang semua tuduhan yang dibuat oleh Manohara dan Dasiy Fajarina adalah satu PEMBOHONGAN, FITNAH terhadap YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Manohara serta Dasiy Fajarina telah MENIPU rakyat Indonesia dengan merekayasakan cerita untuk mendapat simpati dengan hasrat mendapat wang secara mudah.
Yang kita minta supaya media-media Indonesia bangkit dan menyiarkan keputusan Mahkamah hari ini dengan memamparkan cerita sebenar dan tidak berat sebelah seperti yang media Indonesia lakukan terhadap TT. Media Indonesia hendaklah berani kerana benar. Kenapa berita pasal KEJAHATAN sebenar yang dilakukan oleh Manohara dan Dasiy Fajarina tidak mendapat liputan meluas dari media Indonesia, kenapa mahu dilindongi sedangkan cerita fitnah terhadap TT disiarkan setiap detik bagi menjatuhkan maruah anak raja Kelantan itu dan siap dengan komentar menghukum TT walaupun Mahkamah belum memutuskan kebenarannya.
Elok benar sekira media Indonesia menyiarkan berita keputusan mahkamah sivil Kuala Lumnpur hari ini secara meluas dan setiap detik bagi menebus dosa terhadap penghinaan yang telah dibuat kepada YAM tengku Temenggong Kelantan.
'BERANI KERANA BENAR'.
No comments:
Post a Comment