Thursday, November 5, 2009

Dasiy dan Manohara didapati bersalah.

Berita dari Mahkamah:
(kemana hilangnya 'HOTMAN & FARHAD, pengacara bacul)

Alhamdulillah, usaha YAM Tengku Temenggong Kelantan untuk membersihkan nama baiknya telah mendapat keredhaan dari Allah swt. Hari ini Mahkamah sivil Kuala Lumpur telah memutuskan dengan membenar tuntutan yang telah dibuat oleh TT terhadap isterinya Manohara dan Dasiy Fajarina yang mencemar nama baik TT dengan membuat tuduhan palsu dan menfitnah.

Kegagalan Manohara dan Dasiy Fajarina memasukkan pembelaan dan mengadakan peguam telah menyebabkan Mahkamah membuat penghakiman yang mana Manohara dan Dasiy Fajarina dijatuhkan hukuman supaya membayar gantirugi yang dituntut oleh TT. Jumlah sebenar yang wajib kena dibayar oleh Manohara dan Dasiy Fajarina kepada TT akan diputuskan setelah peguam TT memasukan taksiran sebenar kepada mahkamah.

Sudah terang semua tuduhan yang dibuat oleh Manohara dan Dasiy Fajarina adalah satu PEMBOHONGAN, FITNAH terhadap YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Manohara serta Dasiy Fajarina telah MENIPU rakyat Indonesia dengan merekayasakan cerita untuk mendapat simpati dengan hasrat mendapat wang secara mudah.

Yang kita minta supaya media-media Indonesia bangkit dan menyiarkan keputusan Mahkamah hari ini dengan memamparkan cerita sebenar dan tidak berat sebelah seperti yang media Indonesia lakukan terhadap TT. Media Indonesia hendaklah berani kerana benar. Kenapa berita pasal KEJAHATAN sebenar yang dilakukan oleh Manohara dan Dasiy Fajarina tidak mendapat liputan meluas dari media Indonesia, kenapa mahu dilindongi sedangkan cerita fitnah terhadap TT disiarkan setiap detik bagi menjatuhkan maruah anak raja Kelantan itu dan siap dengan komentar menghukum TT walaupun Mahkamah belum memutuskan kebenarannya.

Elok benar sekira media Indonesia menyiarkan berita keputusan mahkamah sivil Kuala Lumnpur hari ini secara meluas dan setiap detik bagi menebus dosa terhadap penghinaan yang telah dibuat kepada YAM tengku Temenggong Kelantan.

'BERANI KERANA BENAR'.

Dasiy Fajarina 'jatuh'.

Berita terkini lagi:

Dasiy Fajarina dikejarkan ke rumah sakit akibat 'kepala pusing' lagi. Dia dimasukkan ke wad dirumah sakit Siloam, Graha Medika, Kebun Jeruk, Jakarta barat sudah 4 hari dan menetap dikamar 3102.

Manohara disampingnya seorang diri kerana Dewi hilang entah dimana. Pinot pula sedang sakit dirumah dan malu untuk keluar rumah kerana walaupun tinggal bersama Dasiy Fajarina tapi kamar lain-lain, kabarnya kamar Dasiy Fajarina ditumpang oleh orang lain yang menjadi 'body guard' sepanjang malam.

Sejak akhir-akhir ini, rumahtangga Dasiy Fajarina tidak terurus seperti ketika Manohara baru pulang ke Indonesia, lagi pun Dasiy Fajarina sudah tidak diberi kebenaran oleh Manohara untuk terus membelanjakan wang hasil dari senetron Manohara lagi. itulah menyebabkan Dasiy Fajarina 'Pusing Kepala' kerana banyak lagi hutang yang belum dijelaskan.

Terakhir ini, Ritz Carlton Hotel sedang mengejar Dasiy Fajarina kerana sewaan semasa tinggal di Appartment Ritz Carlton tidak dibayar. Banyak jutaan yang masih belum dituntas dan ini agak memalukan Manohara yang menyebabkan Manohara sudah terasa dingin dengan Dasiy Fajarina, manakala Dewi Seri Asih sedang menghadapi masaalah bayaran wang kuliah yang belum beres.


Berapa pula jumlah wang kena bayar yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah Sivil Kuala Lumpur terhadap Dasiy Fajarina dan Manohara kerana menfitnah TT. Dasiy Fajarina akan lagi 'pusing kepala' apabila tidak mampu membayar tuntutan yang disaman oleh TT. Bilakah agaknya Dasiy Fajarina akan keluar dari rumah sakit atau Dasiy Fajarina akan terus sakit atau buat-buat sakit sehingga satu hari nanti dia akan dipindahkan ke PENJARA.

Terimalah padahnya!.

Wednesday, November 4, 2009

Berita terkini: Peguam syariah yang mewakili Manohara untuk pembicaraan pada 8.11.2009 nanti diatas dakwaan tuntutan membayar balik wang sejumlah 105 juta ringgit kepada TT oleh Manohara telah menarik diri kerana kurang maklumat dari pihak Manohara dan juga bayaran untuk peguam tidak disempurnakan. Semuanya kerana orang yang berjanji dengan Dasiy Fajarina mahu sponser yang bergelar 'Dato' itu telah melarikan diri dari negara Malayasia.

8.11.09. TT dan Manohara di Kelantan.

Ingat!

Pada 5hb. November 2009 nanti, di Mahkamah Sivil, Kuala Lumpur kes saman TT terhadap isterinya Manohara dan ibu mertua Dasiy Fajarina akan didengar dan sekiranya Manohara dan Dasiy Fajarina berdegil tidak mahu menfailkan pembelaan maka Mahkamah akan memutuskan hukuman terhadap mereka berdua. Hukuman boleh jadi dipenjara.

Memang susah untuk menfailkan pembelaan apabila semua tuduhan yang dibuat oleh TT itu benar kerana TT mempunyai bahan bukti yang sah dan nyata. Oleh sebab itu peguam yang dilantik oleh Dasiy Fajarina menarik diri dari menjadi pembela dalam kes tersebut. Lagi pun seorang Dato' yang janji mahu sponser kepada Daisy Fajarina untuk membayar wang peguam sudah lari dari Malaysia.

Kita tunggulah pada 5hb. Nov. nanti, apa keputusannya.

Dan Ingat lagi,

Pada 8hb. November 2009 (Hari Isnin) di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan adalah hari pembicaraan kes saman TT terhadap isterinya Manohara, Kes sama kembali taat dan tuntutan bayaran balik wang pinjaman akan bermula jam 9.00pagi.

Yang pasti TT akan hadir untuk pembicaraan, oleh itu kepada seluruh rakyat Kelantan dan sahabat handai diminta bersama-sama ke mahkamah syariah pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada TT. Apakah Manohara juga akan hadir diperbicaraan tersebut untuk membela dirinya dari pertuduhan yang dibuat oleh TT.

dan sekiranya Manohara merasa tidak bersalah adalah elok dia juga hadir untuk mempertahankan tuduhan yang dibuat oleh TT dengan mengemukakan bukti bahawa dia sudah tidak mahu menjadi isteri TT kerana TT menyeksanya dan tunjukkanlah buah dada yang disilet oleh TT itu untuk hakim memutuskan hukuman.

Sekiranya Manohara tidak datang itu bermakna segala tuduhan yang dilemparkan terhadap TT adalah berunsur FITNAH dan berniat JAHAT dan sepatutnya Manohara membayar balik wang yang dipinjamkan kepadanya itu. Manohara juga harus dipenjara kerana membuat fitnah dan berbohong kepada orangramai (publik).

Manohara tentunya membuat alasan kenapa dia tidak mahu datang ke Kelantan, alasan yang mudah adalah soal keselamatan dirinya. Percayalah tidak ada seorang manusia rakyat Kelantan atau rakyat malaysia akan mencederakan Manohara dan keselamatan dia akan terjamin kerana rakyat Malaysia resional dan adil tidak seperti rakyat Indonesia yang mudah menghukum walaupun berita itu FITNAH dan BOHONG.

Bulan November 2009 ini adalah bulan yang bermakna buat TT kerana akan menjadi satu sejarah yang mana dirinya akan bersih dari tuduhan FITNAH yang dibuat oleh Ibu Mertua dan isterinya sendiri kerana 'WANG' dan harta. Peristiwa ini juga boleh menjadi tauladan kepada insan-insan yang mahu mencari jodoh. Apabila Wang dan Harta jadi agenda maka kebahagiaan tidak dipedulikan.

Manohara rela dirinya dari menjadi seorang 'PUTERI' bertukar menjadi "PENGEMIS MODEN" kerana ibunya dasiy Fajarina sanggup menjadi penjahat disebabkan gila wang dan harta dan sanggup memperalatkan kecantikan wajah anaknya untuk mencari wang dan harta sehingga maruah hilang menjadi sejarah hitam.

Ingat dan Jangan lupa pada 5hb. dan 8hb. Nov. 2009. ini.

Dan Ingat !

Monday, November 2, 2009

Dasiy masuk hospital, Manohara kemana?

Kasihan TT, sudahlah Ayahnda Tuanku Sultan masih lagi dirawat di hospital kini ibu mertuanya pula dimasukkan ke hospital di Indonesia. Apa sakit masih kurang jelas. Dasiy Fajarina dimasukkan ke Hospital GHARA MEDIKA pada 1hb. November 2009 jam 15.30 petang.

Sakit apa agaknya Dasiy Fajarina dikejarkan ke hospital, kabarnya dia pening kerana tidak dapat melantik peguam di Kuala Lumpur sebelum 5hb. November nanti. Wang simpanan tak ada langsung kerana Manohara dihentikan dari berlakun secara tiba-tiba dan bayarannya tidak diteruskan lagi. Yuran sekolah Dewi di Australia masih tertunggak dan Manohara sudah tidak mampu untuk mencari wang secara halal lagi.

Itulah diantara sebab yang boleh dipercayai mengapa Dasiy Fajarina dimasukkan ke wad Hospital Ghara Medika itu. Beliau masuk hospital untuk mencari sebab kenapa tidak dapat melantik peguam di Malaysia dengan harapan Mahkamah Malaysia tidak akan menghukum dia dan Manohara kerana gagal memfailkan deferm dalam kasus tuntutan TT di Mahkamah sivil.

Dua perkara besar yang mahu disembunyikan oleh Manohara dan ibunya Dasiy Fajarina dalam memalsukan tuduhan terhadap TT, pertamanya Dasiy Fajarina dan Manohara tidak ada bukti untuk ditunjukkan didalam Mahkamah berhubung dengan tuduhan FITNAH yang dilapurkan terhadap TT dan yang keduanya Manohara dan Dasiy Fajarina sudah tidak ada cukup wang untuk membayar lawyer di Malaysia. Peguam atau Pengacara Manohara dan Dasiy Fajarina di Indonesia iaitu HOTMAN PARIS dan FARHAD ABBAS tidak mahu mengeluarkan wang poketnya sendiri untuk membayar lawyer di Malaysia kerana boleh jadi HOTMAN dan FARHAD tahu kes yang dituntut oleh TT itu akan memberi kekalahan kepada Dasiy Fajarina dan Manohara.

Dasiy Fajarina juga masuk hospital kerana tak tahan dengan beban yang akan ditanggong sekiranya pada 5hb. Nov nanti Mahkamah memutuskan bahawa TT adalah benar dan mereka di minta membayar sejumlah wang yang dituntut oleh TT. Itulah sedikt balasan Tuhan kepada Dasiy Fajarina semasa hidup ini, apa lagi akan berlaku selepas daripada ini?