Thursday, October 29, 2009

TT terus GAGAH.

Mendekati permintaan 'permata hati' akan penulis catitkan apa yang penulis tahu serba sedikit kegiatan TT waktu ini, selain dari menjalani kehidupan sebagai anak ketiga dalam keluarga DiRaja Kelantan, TT sibuk mengurus perniagaannya disamping merancang program kemasyarakatan melalui YAYASAN yang baru diasaskan olehnya iaitu Yayasan Tengku Temenggong Kelantan.

Kegiatan TT mendamping orang-orang susah dan anak-anak yatim mendapat sanjungan dari semua lapisan masyarakat di kelantan hanya 3orang yang berkepentingan diri yang selalu merusakkan nama baik TT dan ingin menghancurkan program kesucian yang TT anjurkan melalui Yayasan Tengku Temenggong. Orang-orang itu terdiri dari seorang peguam, pemaju/businessman dan pegawai kerajaan yang lupa daratan.

Tuhan maha adil, lihatlah nanti mereka itu akan menerima azab dan sengsara diatas perbuatan terhadap seorang insan yang sedang menghadapi berdukacita kerana ayahnda sedang menjalani rawatan dan krisis rumahtangan. Kecelakaan tentunya akan menanti mereka itu sama ada didunia ataupun diakhirat.

Tapi yang menjadi kebanggaan penulis kerana ketahanan TT menghadapi semua dugaan itu, walau pun Tuanku masih dirumah sakit, walaupun Manohara isterinya masih menfitnah walau pun ibu mertuanya masih menjaja Manohara kepada orang-orang kaya di Jakarta dan walaupun 3orang pengkhianat terus mencari jalan untuk menyingkirkan dari mendapat tempat dihati rakyat tapi TT masih GAGAH dengan kesabaranya. Allah melindungi TT dari terus difitnah dan dihina.

Sekarang TT mengajak seluruh rakyat mendoakan semuga Ayahndanya Sultan Ismail Petra berolah kesembuhan yang cepat, sihat sejahtera dengan mengadakan solat hajat dan doa di masjid-masjid melalui program "Ke Desa Bersama Rakyat". Setelah berjaya program 'Jamuan AidilFitri' anjuran Yayasan Tengku Temenggong Kelantan bersama Majlis Senibudaya Kelantan yang dipimpim oleh Tuan Hj. Mohd Soberi Shafii pada 24hb. Oktober 2009 lalu di Kedai Kadok dalam Parlimen Ketereh lepas ini akan diadakan dalam Parlimen Pasir Puteh pula.

Berdoalah anda semua semuga cita-cita dan impian TT untuk membantu orang-orang yang susah dan anak-anak yatim serta kemahuan TT untuk melihat Tuanku Al- Sultan Ismail Petra cepat sembuh dan pulih seperti sediakala dimakbulkan oleh Allah swt.




10 comments:

  1. Tahniah, kerana menyiarkan sedikit aktiviti TT. Saya rasa telah byk aktiviti sebegini yg sering dilakukan oleh Yayasan, cuma tinggal lagi ianya tidak disiarkan di media. Kalau dulu ditemani mano tapi skrg TT melakukannya sendiri. Life goes on, with or without her! Satu perkembangan sihat yg secara tidak langsung menunjukkan keikhlasan diri. Ini yg kita mahu, kerana tidak byk cerita mengenai TT yg mereka (org luar) ketahui dan secara tidak langsung menimbulkan cerita negatif!

    Tidak spt mano, 'paparan kehidupannya' boleh didapati dgn mudah utk tujuan 'pelaris' dan provokasi. Terlalu byk hingga memualkan dan sampai tak diterima akal, terlalu murah! TT tidak perlukan itu, cukup sekadar kesederhanaan dan keikhlasan ...

    P/S : Look forward to hear about pengganti Mano... bila nak announce??

    Kpd penulis blog ini - harap tak ada sketsa merayu dan gambar tak sensored ... penyokong tt tak perlukannya! Cuma teguran, terpulang!

    ReplyDelete
  2. Berdoalah agar kes selesai dan memihak kepada pihak yang benar, lebih2 lagi doa orang yang teraniaya dan difitnah itu lebih afdal. Amin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, baru aje hantar comment terbaca pula berita terbaru dari news this afternoon:

    "Former Indonesian teen model Manohara Odelia Pinot and her mother Daisy Fajarina will have to find new solicitors by Nov 5, or will have to pay her Kelantan prince husband RM105mil over his defamation suit, the High Court ruled Thursday"
    Hmm cepat doa termakbul

    ReplyDelete
  4. May your life be blessed and always be under the protection of Allah.

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhhhhhh...love this entry hehehehehe.....
    alahai.... seronoknye klau ada kt kelantan hikhikhikhik... you go TT,we support you...msti best kan majlis ni...simple tapi mesti meriah byk budak2...seronok nye....

    LS, permata tgk TT makin ceria n makin tenang..dari riak muka dia nmpak tenang n sejuk hati memandang tau... alhamdulillah...

    selalu2 lah update TT nye perkembangan... seronok nak baca...

    good job LS... TT semoga tuhan selalu melindungi kamu....

    p/s: TT kalau ada majlis di KL jgn lupa kami di kl ni ye...

    ReplyDelete
  6. Go TT..kawe sentiasa doakan mu...

    mano diberi sampi 5hb untuk lantik lawyer baru..
    my expectation-msti xlntik lawyer baru..mano n daisy seem main2 jer dgn proses mahkamah.xserius pon...lawyer lame pon rungut xdapat kerjasama kan...guys2, anyone know if mano xder lawyer represent jd aper? *buta law* hehe...

    alamak, ngada2 la pulak komen aku neh..xder point pulak tuh...sory2 sape yg sakit mte bc komen aku neh...pkila eyemo!

    ReplyDelete
  7. Go TT.. Kami semua mendoakan semoga TT dipermudahkan Allah dalam urusan agama, dunia dan akhirat.. Amin...
    Semoga Tuanku As-Sultan semakin pulih ..kami tak sabar ni nak jumpa Tuanku Sultan, dahla tak dapat berHari Raya bersama sebab Tuanku kat Singapore .. Allah, selamatkan Tuanku Sultan, TT dan negeri Kelantan!!..
    ..Daulat Tuanku!!

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Rakyat kelantan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan semoga Alsultan cepat sembuh dari gering. Lama sungguh tak dengar berita dan lihat Alsultan kelantan nih, rakyat pun dah mula rindu nk tengok tuanku.

    Aiseh... mcm mana leh miss majlis ni? Yayasan TT tak jemput pn... sedey sungguh...
    Hehe... tak pe lenkali jgn la serik nk jemput, tak nk lah majlis buka puasa ari tu jd majlis first & last TT dgn penyokong2 setia...

    Walau apa pn tanggapan org pada TT, yakinlah tiap keikhlasan kita tuhan tau sejauh mana, dan pasti ada gnajarannya,persetankan org2 yang sentiasa busuk hati dan jiwa keji tu...biasalah kat mana2 pn mesti ada org yang sakit hati kalau tgk org lain senang.

    ReplyDelete
  9. hidup perlu diteruskan... hope ayahda TT cepat sembuh... ^_^

    ReplyDelete
  10. Ku TT dan semua rakyat Kelantan!, jom turun Stadium Nasional Bukit Jalil 7 November ni tengok final Piala Malaysia: Kelantan vs Negeri Sembilan.. semoga kemenangan di pihak Kelantan.. Amin..Gomo Kelate Gomo..

    ReplyDelete