Thursday, October 29, 2009

TT terus GAGAH.

Mendekati permintaan 'permata hati' akan penulis catitkan apa yang penulis tahu serba sedikit kegiatan TT waktu ini, selain dari menjalani kehidupan sebagai anak ketiga dalam keluarga DiRaja Kelantan, TT sibuk mengurus perniagaannya disamping merancang program kemasyarakatan melalui YAYASAN yang baru diasaskan olehnya iaitu Yayasan Tengku Temenggong Kelantan.

Kegiatan TT mendamping orang-orang susah dan anak-anak yatim mendapat sanjungan dari semua lapisan masyarakat di kelantan hanya 3orang yang berkepentingan diri yang selalu merusakkan nama baik TT dan ingin menghancurkan program kesucian yang TT anjurkan melalui Yayasan Tengku Temenggong. Orang-orang itu terdiri dari seorang peguam, pemaju/businessman dan pegawai kerajaan yang lupa daratan.

Tuhan maha adil, lihatlah nanti mereka itu akan menerima azab dan sengsara diatas perbuatan terhadap seorang insan yang sedang menghadapi berdukacita kerana ayahnda sedang menjalani rawatan dan krisis rumahtangan. Kecelakaan tentunya akan menanti mereka itu sama ada didunia ataupun diakhirat.

Tapi yang menjadi kebanggaan penulis kerana ketahanan TT menghadapi semua dugaan itu, walau pun Tuanku masih dirumah sakit, walaupun Manohara isterinya masih menfitnah walau pun ibu mertuanya masih menjaja Manohara kepada orang-orang kaya di Jakarta dan walaupun 3orang pengkhianat terus mencari jalan untuk menyingkirkan dari mendapat tempat dihati rakyat tapi TT masih GAGAH dengan kesabaranya. Allah melindungi TT dari terus difitnah dan dihina.

Sekarang TT mengajak seluruh rakyat mendoakan semuga Ayahndanya Sultan Ismail Petra berolah kesembuhan yang cepat, sihat sejahtera dengan mengadakan solat hajat dan doa di masjid-masjid melalui program "Ke Desa Bersama Rakyat". Setelah berjaya program 'Jamuan AidilFitri' anjuran Yayasan Tengku Temenggong Kelantan bersama Majlis Senibudaya Kelantan yang dipimpim oleh Tuan Hj. Mohd Soberi Shafii pada 24hb. Oktober 2009 lalu di Kedai Kadok dalam Parlimen Ketereh lepas ini akan diadakan dalam Parlimen Pasir Puteh pula.

Berdoalah anda semua semuga cita-cita dan impian TT untuk membantu orang-orang yang susah dan anak-anak yatim serta kemahuan TT untuk melihat Tuanku Al- Sultan Ismail Petra cepat sembuh dan pulih seperti sediakala dimakbulkan oleh Allah swt.




Tuesday, October 27, 2009

Nasib Manohara ditangan TT

Para peminat blog yang budiman. harap dapat perbetulkan tanggapan terhadap TT berhubung dengan kasus rumahtangga yang dilaluinya kini. Tuntut kembali taat dan pendakwaan terhadap Manohara melalui mahkamah syariah dan sivil adalah untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat Indonesia yang telah begitu percaya cerita PEMBOHONGAN dan FITNAH yang dilemparkan oleh Dasiy Fajarina terhadap TT.

Banyak komen-komen yang diterima mengambarkan bahawa TT masih mengharapkan kepulangan Manohara kepangkuannya, ada yang marah, ada yang menyampah dan ada yang memberi cadangan dan pandangan. Itu semua diambil sebagai peringatan dan akan dijadikan landasan bagi mempastikan TT tidak akan menjadi mangsa fitnah seterusnya.

Untuk itu TT akan memberi reaksi sepenuhnya setelah urusan melalui Mahkamah yang menjadi tempat yang paling berkesan berakhir nanti. Yang boleh dipercayai setakat ini adalah TT akan teruskan usaha bagi membersihkan namanya dari dicemari oleh Dasiy Fajarina dan Manohara setelah Dewi Seri Asih melarikan diri kerana malu sebab asal usulnya tidak tahu datang dari mana.

Dan setelah Dasiy Fajarina diuruskan kedalam Penjara di Perancis barulah hal-hal Manohara akan didedahkan satu persatu Dasiy Fajarina tidak bileh lagi menjadi dalang untuk menghancurkan masa depan Manohara. Dan TT tahu apa yang patut dilakukan serta bertindak lebih nekad lagi bagi 'mengajar' atau membalas diatas perbuatan Manohara sebagai isteri yang tidak setia dan tidak taat kepada suami.

Sunday, October 18, 2009

Manohara & TT bertemu sudah?


Manohara sedia kembali taat?



untuk makluman pembaca dan penyokong TT.
TT tidak pernah memaafkan Manohara dan Dasiy Fajarina diatas perbuatannya menghina dan menfitnah TT walaupun nampaknya ada usaha dipihak Manohara untuk berbaik-baik dan melupakan peristiwa lalu dan bukan TT yang bermimpi tapi Manohara dilamun mimpi. harap faham.

Sejak tidak lagi berlakun dalan senitron, Manohara kelihatan sejuk dan ayu, lebih ceria dan nampak kebersihan sebagai seorang puteri raja. Wajahnya mula berseri-seri walaupun kadang-kadang terkedut juga didahi, kabarnya Manohara mulai mencurah rindu dah dibayangkan kepada teman rapatnya dengan menceritakan kisah mimpi mandi.

Antara percaya dan tidak. Tapi dunia ini serba mungkin kerana Allah maha Besar dan Agong, Allah yang menentukan, hidup mati, haus dan dahaga, siang dan malam, kahwin dan ceria dan kahwin semula. Semuanya tidak dapat dinafikan, walaupun hari ini berkelahi esoknya menjadi akrab dan setia, seperti juga orang politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada kawan yang kekal semuanya ikut keadaan dan masa, begitulah juga Manohara.


Dulu semua cakap Dasiy Fajarina diikutnya membabi buta, disuruh berbohong, maka berkata bohonglah disuruh menfitnah dan merekayasakan cerita maka dibuatnya dan akibatnya berkesudahan dengan kecewa dan merana serta terseksa.


Sekarang Manohara benar-benar terseksa, terseksa batin sehinggakan sudah 'bermimpi mandi' bersama TT. sudah hilang lenguh dan sakit kepala yang mana membuat dirinya tidak selesa dan sekarang Manohara setelah 'bermimpi mandi' sudah lega dan ceria, fikirannya kembali normal dan apa yang dirasanya tidak baik maka tidak diiukut cakap Dasiy Fajarina.


Hubungan dalam antara Manohara dan Dasiy Fajarina sudah mula tercalar, Manohara sudah banyak kali tidak bersama Dasiy Fajarina untuk ketempat-tempat yang tidak disukainya kecualilah Dasiy Fajarina marah dan terus memaksa maka Manohara ikutnya walaupun terseksa dan jiwanya memberontak.

Kisahnya itu ada benarnya kalau diteliti ucapan dalam 'Kad Selamat Hari Raya' yang dihantar oleh Manohara kepada TT, walaupun pendek ayatnya tapi sangat berguna dan bermakna kerana dihujung terowong masih ada cahaya. Apakah setelah mendapat hidayat dari Allah swt. Manohara tidak mahu berlakun lagi walaupun Dasiy Fajarina mendesaknya. Manohara sudah tahu dirinya diperalatkan oleh Dasiy Fajarina kerana 'wang' dan Manohara tahu kerana wanglah nanti tubuhnya akan tergadai dan dinodai. Mujur kesedaran telah berpihak kepada Manohara.

Yang menjadi tandatanya, akan betemukah mereka berdua dialam realiti kerana pertemuan dalam mimpi tidak akan menghasilkan apa-apa erti.

Tuesday, October 13, 2009

Manohara semaking tersempit !

Episod kedua soal kasus Manohara telahpun bermula. Mahkamah di Malaysia sama ada mahkamah sivil ataupun Mahkaham Syariah telah dengan serius telah mengambil ketetapan untuk membicarakan kes TT dan Manohara bersama Dasiy Fajarina untuk memutuskan dengan keadilan yang nyata.

Yang menjadi tandatanya kenapa pihak Manohara masih bermain tarik tali dengan sengaja melengah-lengahkan tindakan untuk melantik para peguam yang benar-benar untuk meneruskan kes tersebut. Alasan tidak dapat menghantar dekumen kerana tidak dapat mencari alamat TT adalah alasan 'purba' yang tidak boleh diterima akal.

Walau bagimana pun dengan perkembangan terbaru yang diputuskan oleh Mahkamah mau pun oleh mahkamah sivil ataupun Mahkamah Syariah sudah nampak kemajuan bahawa pihak TT secara serius untuk mempastikan kasus ini dapat diselesaikan dengan segara semuga tindakan susulan dapat dibuat terutamanya menghitung hari bagi merencanakan masa depan beliau.

Semua orang sedang tertunggu-tunggu mahu tahu apakah kesudahan kasus ini, bagaimana perkembangan tuduhan JAHAT dan FITNAH yang dibuat oleh Dasiy Fajarina dan Manohara terhadap TT yang mana sehingga kini lapuran VIKSUM belum mendapat kepastian dari pihak berwajib. Kisah TT menganaiyai isteri sudah lenyap, bukti-bukti yang ditunjukkan kepada media melalui HOTMAN PARIS sebenarnya rekayasa semata-mata begitu juga pengakuan Dr. Muin berhubung dengan bekas seksaan ditubuh Manohara adalah merupakan kenyataan palsu yang sengaja diada-adakan.

Kesimpulanya, Dasiy Fajarina dan Manohara berjaya memperbodohkan sebilangan rakyat Indonesia dengan mencipta cerita supaya mereka berdua cepat terkenal dan dapat simpati untuk mudah mendapat wang bagi menyara hidup keluarganya. Nah sudah ternyata pakatan JAHAT keluarga tersebut telah berjaya mengumpul wang melalui secara hala ataupun secara haram dan Dasiy Fajarina telah berjaya mempengaruhi beberapa orang lelaki untuk memuaskan nafsu hidup dan kerangkusannya.

Banyak lagi perilaku JAHAT Dasiy Fajarina akan terdedah setelah keuangan dalam tabungnya sekarang akan kering sekiranya Manohara tidak lagi laku untuk menjadi penarik minta para produser yang meneliti tuduhnya dengan galakan mata liar.

Orang kaya dan ternama di Indonesia sedang diperhatikan oleh Dasiy Fajarina dan Manohara untuk didampingi mencari simpati dan menagih kasih untuk mendapat wang dengan berbagai-bagai cara yang mengamalkan 'kejayaan menghalalkan cara' sama ada menyalahi undang-undang dunia ataupun melanggari hukum akhirat.

Monday, October 12, 2009

Nasib Manohara !

jangan menangis, sayang.

Hari ini (12hb. Oktober 2009) cukup tempoh satu minggu, Manohara diwajibkan menfailkan pernyataan beliau di Mahkamah Syariah Kelantan diatas tuntutan TT berhubung kembali taat dan tuntutan membayar balik wang yang dipinjam atau dilarikan daripada TT.


Mampukah Manohara melantik peguam yang berkelibar untuk mewakilinya nanti atau hanya sekadar menyerahkan kepada nasib apa keputusan yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah nanti kerana orang harapan yang bergelar Datuk yang membantunya pulang ke jakarta dulu sudah tidak berada di Kuala Lumpur lagi.


Allah telah membalas didunia terhadap orang yang jahat mengambil kesempatan diatas kemuliaan dan keikhlasan TT.


Esok beritanya.

Friday, October 9, 2009

DF mendampingi pemimpin GOLKAR.

'luka lama berdarah kembali'

awas para ibu-ibu.

Dasiy Fajarina masih lepas bebas di bumi Indonesia. Walaupun mahkamah Perancis sudah menjatuhkan hukuman penjara penjara selama 18bulan kerana kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap seorang rakyat Indonesia yang bernama Salihah. Tapi masih ada rakyat Indonesia lain yang bersama menyokong Dasiy Fajarina.

Terbaru Dasiy Fajarina 'menjaja' anaknya Manohara kepada sekumpulan orang politik Indonesia untuk menarik minta supaya anaknya dipuja sebagai seorang pembohong dan memberi peluang untuk didampingi. Berhati-hatilah para ibu-ibu Indonesia dengan kemunculan Dasiy Fajarina dan Manohara ditengah-tengah dan dicelah-celah kehidupan harian politikus Indonesia.

Setelah senatron tidak lagi laku dan pendapatan semangkin berkurangan maka Dasiy Fajarina cuba mengiklankan diri masing-masing untuk mencari peminatnya yang berwang. Fokas mereka berdua sekarang terhadap orang politik yang berpengaruh di Indonesia.

Apakah kemunculan Dasiy Fajarina dan Manohara dalam gelup ahli parti Golkar di Indonesia kini adalah salah satu cara untuk memikit pemimpin parti tersebut supaya melindungi kesalahan yang telah Dasiy Fajarina lakukan terutamanya berhubung dengan pemalsuan pasport antarabangsa Salihah.

Atau sengaja mahu melukakan hati isteri pemimpim tersebut yang telahpun luka sebelum daripada ini dengan secara sumbang cuba melekakan pemimpin itu dari menjadi suami yang baik. Sekiranya rakyat Indonesia tidak mahu negaranya mencipta sejarah hitam yang pelakunya terdiri daripada PENJAHAT dan PENJENAYAH adalah elok meminta pemerintah Indonesia menghantarkan Dasiy Fajarina ke Perancis segera bagi menjalani hukuman yang telah dijatuhkan.

Negara Indonesia terkenal dengan amalan demokrasi dan inilah masanya untuk membuktikan bahawa dalam melaksanakan hukum pemerintah tidak memilih bulu tanpa takut kepada Laskar Merah Puteh (LMP) yang sering tidur sebilik dengan Desiy Fajarina.

Tuesday, October 6, 2009

Bukti PALSU.


Serius betul TT untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya Manohara. Dua saman telah membuktikan betapa TT tidak akan membiarkan dirinya di hina dan difitnah terutama oleh isterinya sendiri dan ibu mertuanya yang pernah ditolong dari kesusahan wang ringgit iaitu Dasiy Fajarina.


Walau pun TT sedar bahawa Dasiy Fajarina mahu ambil kesempatan terhadap dirinya, namun kerana cinta dan sayang TT terhadap Manohara TT tidak pernah menghalang Dasiy Fajarina dari terus menipunya dan berbohong untuk mendapatkan wang daripadanya.


Kes Syariah dan kes sivil sudah cukup membuktikan bahawa TT tidak bercakap kosong, tidak seperti Manohara dan Dasiy Fajarina yang dengan terang membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap TT kerana tidak puas hati apabila 'Penthouse' yang diidamkan oleh Dasiy Fajarina lambat di tukar nama kepada Manohara. Alangkah JAHATnya Dasiy Fajarina sehingga sanggup membuat FITNAH kepada menantunya yang sering menghulurkan wang apabila diperlukan.


Dalam hal ini Manohara sanggup menjadi pelakun dengan membiarkan juru make up menconteng mukanya membuat tanda dahi dicucuh api rokok seperti yang nampak dalam gambar.


Sehingga kini tidak jelas tuduhan sebenar yang dibuat terhadap TT. Hanya sekadar HOTMAN PARIS membuat kenyataan melalui media dan mempamerkan gambar buatan atau ciptaan untuk menyakin orangramai supaya menjadi 'gila' membenci TT dan negara Malaysia.


Akhirnya Manohara akan dibenci oleh orangramai dan Dasiy Fajarina akan di ejek oleh seluruh rakyat Indonesia kerana telah menipu menjadi orang yang baik tapi sebenarnya merupakan 'Syaitan yang bertopengkan manusia' yang telah menolak ajaran ugama Islam supaya bercakap benar dan tidak membuat FITNAH seperti yang telah dilakukan terhadap TT.


Apakah mungkin selagi ada orang seperti Dasiy Fajarina itu dibumi Indonesia maka negara Indonesia akan terus dilanda bencana alam yang menyedihkan.

Monday, October 5, 2009

Indonesia berdukacita lagi !

Mahkamah Syariah Kota Bharu Kelantan bermurah hati dengan memberi satu minggu masa untuk Manohara memfailkan jawapan terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya oleh TT supaya kembali taat dan kembalikan wang dan harta yang telah diberi pinjam oleh TT kepada Manohara.

Sekiranya dalam tempoh satu minggu ini Manohara terus berdegil maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman terhadap Manohara tanpa pembelaan dan kehadirannya. Apabila hukuman dijatuhkan adalah wajib kepada Manohara untuk datang menjalani hukuman yang dikenakan sekiranya Manohara engkar maka itu bererti Manohara menghina Mahkamah dan sekali lagi Manohara akan dihukum.

Dalam hal ini banyak orang akan memerhati apakah Manohara kebal seperti Dasiy Fajarina yang mana walau pun Mahkamah Perancis telah menjatuhkan hukuman tapi Dasiy Fajarina masih bebas di Indonesia. Apakah Manohara juga akan bebas di Indonesia?.

Sekiranya Manohara apabila didapati bersalah nanti bebas dari menjalani hukuman kerana dia adalah rakyat Indonesia seperti juga ibunya Dasiy Fajarina yang masih bebas kerana rakyat Indonesia maka beruntunglah sekiranya menjadi rakyat Indonesia sebab apabila didapati bersalah di negara lain tapi boleh hidup bebas di Indonesia.

Dalam hal ini tentunya rakyat seluruh dunia akan bertanya dimana kah prinsip keadilan yang di agung-agongkan oleh rakyat Indonesia dan rakyat diseluruh dunia juga akan bertanya kenapakah bencana alam yang dahsyat berlaku di Indonesia dengan sunami, gempa bumi dan tanah runtuh yang mengorbankan ribuan nyawa.

Dan masih adakah 'buluh runcing' menanti rakyat Malaysia yang ke Indonesia bagi membantu mangsa bencana alam dengan membawa bekalan makanan,pakaian, keuangan dan perubatan bagi meringankan beban insan yang bergelar manusia di negara sebangsa Indonesia.

Lagu yang dinyanyikan "BENCI tapi RINDU" sesuai untuk TT dan Manohara juga Malaysia dan Indonesia.

Thursday, October 1, 2009

Manohara Selingkuh?

Ada cerita terbaru dari Jakarta berhubung dengan skandal Manohara dan Dasiy Fajarina yang menyebut ceritanya sangat bagus buat TT senang yang mana ada bukti-bukti Mano selingkuh dan Dasiy Fajarina sudah satu kamar dengan edi.H. Ada saksi-saksi, sms dan sekarang dia mahu usaha fotonya.. Itulah serba ringkas bunyi sms dar Jakarta yang dihantar kepada sahabat karib TT di Kuala Lumpur oleh orang yang rapat dengan Dasiy Fajarina suatu masa dulu.