Tuesday, May 26, 2009

Foto-Foto terbaru
Cik Puan Temenggong
MANOHARA TT.

Mukadimah mempengerusi mesyuarat


ketibaan Cik Puan Temenggong ke dewan persidangan



Cik Puan Temenggong sedang mempengerusi mesyuarat


sedang meneliti kertaskerja



CPT sedang mendengar taklimat




kata CPT, jumpa saya,
"Di Malam Busana ISLAM Perdana"

berita terbaru.

Ratna Sarumpaet seorang aktivis perempuan yang terkenal di Indonesia yang dulunya mendokong Dasiy Fajarina telah mundur dan menarik diri serta menyatakan bahawa Dasiy Fajarina telah melakukan "PEMBOHONGAN PUBLIK" kerana tidak bisa memberi bukti-bukti dalam lapurannya yang mengatakan Manohara di Silet-Silet dan disiksa oleh suaminya.

Sudah jelas, hari ini ternyata Dasiy Fajarina hanya memperalatkan pihak-pihak tertentu dengan memfitnah Tengku Temenggong Kelantan dengan mencipta cerita PALSU tanpa bukti dan akibatnya Dasiy Fajarina menerima malu apabila orang kepercayaan rakyat Indonesia seperti Ratna Sarumpeat ke Mabes POLRI untuk cabut pernyataan yang selama ini menyokong Dasiy Fajarina.


Monday, May 25, 2009

Siapa itu Rudy !

Setiap kali Dasiy Fajarina bertemu wartawan membicarakan soal anaknya Manohara ikut suami pulang ke Malaysia dan hidup aman damai, maka tampil seorang hamba Allah yang diberi nama Rudy menjadi jurucakap kepada Dasiy Fajarina, apa hubungan Rudy dengan Dasiy Fajarina belum jelas, seperti juga siapa Bapa Dewi Seri Asih.

Yang menariknya, Rudy marah-marah kepada Ichsan kerana pendedahan yang telah menyebabkan public tahu bahawa Dasiy Fajarina bermasaalah di Perancis yang menurut Ichsan bahawa Dasiy Fajarina menjadi buruon Kerajaan Perancis kerana didapati bersalah dan dijatuh hukuman selama 18bulan penjara dalam kes Penderaan.

Jadi sebenarnya bukan Manohara yang didera oleh YAM Tengku Temenggong tapi seorang rakyat Indonesia yang bernama Saliha yang telah didera oleh Dasiy Fajarina di Perancis dan didapati bersalah, ekoran daripada itu Dasiy Fajarina kabur ke Indonesia.

Rudy mengatakan Ichsan membuat fitnah kepada Dasiy Fajarina, lantas Ichsan membongkar segala tingkah laku Dasiy Fajarina semasa beliau berada di Perancis bersama suaminya Pinot sebelum mereka bercerai. Kini Dasiy Fajarina berada di Indonesia berstatus Janda dan ini boleh membuat Rudy berahi untuk menjadi jurucakap kepada Dasiy Fajarina.

Kalau tak silap, Rudy dulunya segak tapi kerana beliau dipukul orang pada tahun lalu matanya telah menjadi cacat sebelah dan hanya tinggal satu mata saja lagi. Seperti dalam filem orang yang mata satu selalunya dipanggil IBLIS. Apakah itu betul orang yang bernama Rudy?.

Wednesday, May 20, 2009

Siapa Dewi Seri Asih?

Dewi kakaknya Manohara akan meneruskan hasrat ibunya untuk membawa Manohara pulang ke Jakarta supaya dapat urus hal persekolahannya nanti. Khabarnya Dewi belum lagi ke Sekolah kerana masaalah keuangan yang menjadi penghalang utama untuk dia meneruskan pembelajaraannya ke Sydney.

Pada Dewi, adiknya mampu membantu persekolahan dia kerana apabila Manohara berada disampingnya di Jakarta, maka Manohara mampu mencari wang dengan menjadi Model atau pun Artis dengan pendapatan yang lumayan.

Manohara juga mampu mengumpul wang dengan perjanjian kontrek sebagai Model sesuatu product kerana memang banyak syarikat sedang menunggu memberi tawaran kepada Manohara kerana kecantikan wajahnya yang tentunya menjadi tarikan kepada pengguna.

Dasiy sudah hilang kekuatannya untuk merancuni fikiran rakyat bagi menyokong perjuangannya yang sia-sia dan tak berguna itu, rakyat sudah sedar bahawa cerita yang dibawa oleh Dasiy itu adalah sebagai sensasi dan publisiti murahan, rakyat yang mampu berfikir telah dapat membandingkan yang mana BOHONG dan yang mana REALITI, ternyata suara Dasiy itu Fitnah dan Blog Truth Appeared adalah suara kebenaran

Dewi yang nasibnya malang belum bertemu Bapa kandongnya dan Dasiy belum bersedia mendedahkan siapa Bapa Dewi yang sebenarnya dan ini agak sukar bagi Dewi untuk menempuh hari hari depan yang gembira seperti anak-anak gadis yang lain, apa tah lagi adiknya Manohara sedang bersenang-senang dengan Tengku Temenggong di ANJUNG ISTANA sambil bergurau senda, inilah yang akan menjadi kecemburuan kepada Dewi, maka tak hairanlah Dewi pada tiap-tiap hari menjaja Ibunya Dasiy kepada MEDIA untuk menagih simpati.

Kepada Dasiy, tolonglah dedahkan kepada MEDIA, siapa Bapa dan Ibu Kandong Dewi Seri Asih yang sebenarnya itu, semuga Dewi dapat meneruskan cita-citanya untuk sambung belajar diluar negara dengan tenang. Tengku Temenggong akan tunai janjinya untuk menanggong ongkos pada Dewi asalkan Dewi sanggup belajar tanpa berusaha menjatuhkan maruah TT.

TT juga sanggup menerima Dasiy bertemu dengannya setelah truama yang dialami kini kerana tuduhan FITNAH yang dilemparkan oleh Dasiy hilang dalam ingatan beliau.

Tuesday, May 19, 2009

Dia kepingin Anak....

CPT mahu belajar jadi IBU


ambilah nak, bilang CPT


alai do do do do si do do.



Monday, May 18, 2009

DASIY

muhasabahlah diri mu

Syukur Alhamdulillah, kerana nampaknya bilangan besar rakyat Indonesia telah dapat memahami bahawa kenyataan Dasiy Fajarina, Ibu kepada Cik Puan Temenggong Kelantan telah bercakap BOHONG dengan menuduh bahawa YAM Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammed Fakhry Petra menganaiyai dan Silet-Silet atau mencederakan dada isteri kesayangannya Manohara tanpa belas kasihan.

Ini dapat dibuktikan setelah blog ini dapat mewujudkan kebenaran dengan mempamirkan foto-foto terbaru dan yang asli. Foto-Foto tersebut dapat berbicara kebenarannya, walaupun Dasiy Fajarina terus dengan perangainya yang degil tidak mahu mengaku bahawa anaknya CPT Manohara hidup bahagia didalam Istana Kelantan.

CPT Manohara tidak saja beraksi dengan Still Foto tapi telah menzahirkan diri di depan TV dengan memberi komen-komen tentang aktivitinya sehari-hari dan juga telah menunjukkan kepimpinannya sebagai Penaung kepada satu pertunjukkan amal dengan mempengerusikan mesyuarat.

Dalam masa terdekat ini pihak TV3 akan memberi kerjasama bagi menjayakan program amal yang akan disertai oleh YAM Cik Puan temenggong bersama rakyat Kelantan dan tentunya program ini akan ditayang untuk tontonan umum. Dengan terlaksanakan program tersebut nanti maka terang dan jelaslah bahawa CPT Manohara berada dalam keadaan yang sangat terbela hidupnya bersama suami yang tercinta.

Dato' Farid Redzuan orang kuat Media Prima telah pun berkunjung ke Kelantan dan dah pun berjumpa dengan YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Temenggong Manohara dan secara tidak rasmi telah bersetuju bagi menjayakan program amal tersebut.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa CPT Manohara berada dalam keadaan baik, aman dan tenteram di Kelantan, tidak seperti yang dituduh oleh Dasiy Fajarina dengan hasutan dan fitnah itu. Maka kata-kata Pak Ichsan, Mama Luren dan lain lain orang tentang kebaikan YAM Tengku Temenggong Kelantan adalah BENAR.

Tentunya Dasiy Fajarina akan menerima balasan diatas perbuatan dan kata-kata yang tidak benar kepada menantunya. Oleh itu Dasiy hendaklah terlebih dahulu membuat pernyataan secara terbuka bahawa beliau merasa SESAL dan KESAL diatas tindakannya yang memalu dan mengaibkan anak menantunya melalui media.

Tidak ada gunanya Dasiy berkejar kesana kemari untuk mencari simpati, sekiranya beliau sendiri tidak mahu menolong dirinya sendiri. Tentunya ramai orang terpegun apabila melihat foto-foto CPT Manohara dalam blog ini sehingga tidak dapat komenkan lagi perkara-perkara yang tidak benar.

Thursday, May 14, 2009

WASPADALAH !!!

Gambar kelihatan CPT sedang berpidato ringkas dengan ahli-ahli Puspanita, Kelantan.




Hebat sungguh Dasiy dikelilingi oleh orang-orang bergelar Merah Puteh, tapi sayangnya orang-orang yang bernama tersebut dibawah tidak bersamanya iaitu:-



Pak Edy.

George Mann. (bapa Manohara)

Thomas Klouman.

Jurgen Rainer Pinot Noack.


Kalaulah latar belakang Dasiy itu bersih, maka ada seorang lagi serikandi Indonesia yang boleh ditonjolkan sebagai calun Presiden atau pun Wakil Presiden, Dasiy ada kebolehan untuk mempengaruhi rakyat Indonesia terutamanya pandai mengatur skrip yang mana perkara yang tak ada boleh diada-adakan dan ada pula pengikut yang ikut membabi buta.





  • Isu Manohara di anaiya telah hilang.


  • Isu Manohara di Silet-Silet telah padam.

(Kerana umum telah tahu bahawa kedua Isu itu adalah natijah PALSU dan BOHONG yang telah direka cipta oleh Dasiy).



Kini Dasiy cuba pula pikat masyarakat supaya mempercayainya bahawa Manohara memberi isyarat SOS, kata Dasiy tanda Manohara tidak happy dan minta pertolongan. Manakala foto-foto terbaru Manohara tidak menyebelahi tuduhan Dasiy itu. Foto terbaru mampamirkan Manohara sedang bercakap telepon dan sedang berpidato kepada peserta puspanita. Kalau Manohara tidak gembira, masakan Manohara dapat melakukan perkara demikian.


Blog Truth Appeare ini adalah realiti kehidupan Cik Puan Temenggong (Manohara), sedangkan Dasiy hari-hari menjalankan kehidupannya untuk menipu masyarakat Indonesia supaya mempercayai cerita BOHONGnya, Kerana masaalah sebenar yang Dasiy hadapi disembunyikan di Negara PERANCIS, yang sedang menunggu kedatangannya untuk menyelesaikan KES PENYIKSAAN terhadap seorang warganegara Indonesia. Tapi sayangnya tidak ada orang Indonesi ataupun pertubuhan sukarela Indonesia peduli terhadap tragedi itu.


Dasiy tentunya akan dapat bertemu dengan anaknya Manohara sekiranya tidak ada campurtangan orang luar dalam urusan keluarga, Dasiy hanya perlu bercakap benar dan menafikan kata-kata fitnah terhadap anak dan menantunya. Program telah diatur oleh Manohara untuk bersama Ibu dan Suaminya, tapi jangan ada adu domba oleh mana-mana pertubuhan yang kononnya hendak memperjuangkan nasib Manohara tapi sebenarnya hendak mempopularkan diri masing-masing, kerana dengan membuat huru hara tidak akan membuahkan hasilnya dengan baik. Bantulah Manohara dengan menasihati Dasiy supaya tidak melakukan perkara yang boleh memalukan anaknya MANO CPT.

Tuesday, May 12, 2009

Keberangkatan tiba YAM Cik Puan Temenggong
ke Majlis Ramah Mesra
Puspanita MPKB-BRI
pada 7hb. Mei 2009.



CPT disambut dengan hormat


CPT sedang diwawancara


tv3 MALAYSIA sedang wawancara CPT


CPT sedang menyampaikan ucapan ringkas pada ahli puspanit


ahli-ahli puspanita memerhati resepi CPT


wah !! ada gaya sebagai seorang suri rumahtangga





burung pipit atas padang
TT & CPT
sama cantik sama padan

Sudah kelu lidah untuk berkata-kata, pada mereka yang masih curiga, apa lagi yang perlu diteroka, gambar diatas menzahirkan semua, cantik molek manis ceria pasangan berdua, kita orang luar peduli apa dengan kata kata dusta dari ibu mertua. Kepada Ibu Dasiy marilah kita semua berdoa semuga TUHAN buka pintu hatinya, dari sesat didunia dan doakan juga supaya anak menantunya hidup bahagia.