Monday, May 11, 2009

lihatlah dan pandanglah



tidak ada apa yang hendak dirahsiakan

Sunday, May 10, 2009

hallo
hai rakyat Indonesia
saya disini, baik-baik saja

dan
pada ibu, saya ucapkan


SELAMAT 'HARI IBU'




YAM CIK PUAN TEMENGGONG KELANTAN
manohara

Saturday, May 9, 2009

Dasiy Fajarina dan 4 orang bekas suami.

e-mail yang baru diterima pagi ini tidak bermaksud untuk memalukan Ibu Dasiy, apatah lagi bukan sebarang tuduhan untuk menfitnah, tapi pertanyaan ini ada hubungan dengan keperibadian Ibu Dasiy yang kelihatan telah berubah dari seorang yang moden kepada seorang yang nampak telah penuh keimanan. Alhamdulillah.

Kehidupan Ibu Dasiy tidak pernah ada kesilapan, sama ada dalam mencari jodoh pada dirinya sendiri ataupun pada anaknya Manohara, hanya nasib barangkali tidak menyebelahi dia, apa yang sepatut beliau bersyukur dengan anugerah Tuhan tidak diamalkan untuk kebahagiaan dimasa depan.

Kebahagiaan yang patut beliau nikmati, beliau hancurkan, yang malangnya, nasib beruntung anaknya Manoihara pun hendak dihancurkan, boleh jadi itulah balasan Tuhan diatas kesilapan masa lalu Ibu Dasiy dalam mencari jodoh dirinya sendiri.

Kalau tidak silap Ibu Dasiy telah bersuami EMPAT (4) yang mana majoritinya adalah orang kulit puteh (bule') termasuklah ayah kepada Manohara (Cik Puan Temenggong) yang bernama GEORGE MANN dari United State (US), tak tahu pula siapa ayahnya kepada Dewi Sari Aseh kerana empat orang suami Ibu Dasiy itu tidak ada yang bernama Aseh ataupun Ari.

Kalau sebelum daripada ini Ibu Dasiy selalu memberitahu orang bahawa Dewi itu adalah anaknya kepada Pak Ari yang dulunya orang kuat PERTAMINA, tapi akhir-akhir ini tenggelam dan membuat orang bertanya, siapakah ayah Dewi sebenarnya.

Mengikut sumber dari langit, nama-nama bekas suami Ibu Dasiy ialah:-

1. Edy.
2. George Mann.
3. Thomas Klouman.
4. Jurgen Rainer Pinot Noack.

Pak Edy adalah rakyat Indonesia yang mana isterinya sekarang adalah seorang dactor pakar kulit, George Mann dari US, Thomas Klouman adalah rakyat Norway dan Rainer Pinot adalah rakyat Perancis. Maka kisah sebenar Ibu Dasiy akan dibukukan sesuai dengan kehendaknya yang ingin menjadi termasyhur didunia dengan perangainya suka memalu dan mengaibkan anak dan menantunya.

Kenapa Ibu Dasiy tidak malu melakunkan adegan memperlekehkan anaknya sendiri. Dan kita juga akan tunggu kesahihan bukti bahawa Ibu Dasiy juga mempunyai rekod yang tidak baik di Perancis seperti didedahkan oleh TV Indonesia.

Kalau sayangkan Ibu Dasiy, cepat cepatlah minta dia bertemu dengan MEDIA dan nasihat kanlah kepadanya supaya beliau memohon maaf kepada MEDIA dan pemerintah diatas keterlanjuran membuat tuduhan palsu kepada anak dan menantunya. Itulah jalan yang sebaik-baiknya bagi merapatkan hubungan kekeluargaan beliau dengan keluarga suaminya Manohara.

YAM Tengku Temenggong & YAM Cik Puan Temenggong
di Karnival Sua Rasa TV9.
diperkarangan Stadium Sultan Mohamed, Kota Bharu.


YAM Tengku Temenggong



YAM Cik Puan Temenggong



YAM TT & YAM CPT



TT sedang menerima lapuran terkini


CPT menerima cenderahati dari TV9



TT disambut oleh Pegawai TV 9

CPT diberi taklimat oleh Pegawai TV9

CPT asyik dengar taklimat

Hobi kebiasan CPT Periang dan Peramah.


Inilah realiti, inilah aktibiti CPT bersama suaminya Tengku Temenggong, hari hari bahagia mereka berdua seakan akan hendak diganggu gugat oleh mereka yang irihati, yang tidak suka melihat kebahagia mereka, yang cemburu melihat keagungancinta mereka. YAM Tengku dan Cik Puan Temenggong sememangnya hidup rukun dan damai didalam Istana. Persetankan mereka yang ingin memisahkan mereka.

Thursday, May 7, 2009

Kasihan pada mereka yang menyokong Dasiy, kerja mereka bertambah menjadi sia-sia apabila mereka sedar bahawa cerita Manohara di silet-silet itu tidak benar, itu cerita bohong yang direka-reka oleh kepintaran Dasiy yang mencari simpati.

Terbaru Manohara bersama suaminya hadir di karnival TV9 di Kota Bharu yang dihadiri oleh ratusan ribu pengunjung. Mereka kelihatan hebat dengan pakaian hitam putih, mereka dikelilingi rakyat yang berminat mecium tangan Cik Puan Temenggong (Nama Anugerah kepada Manohara oleh KDYMM Sultan Kelantan)

Tapi kepada mereka yang tidak terima nikmat Tuhan, masih tidak percaya bahawa Manohara begitu bahagia bersama suaminya sekarang, mereka hanya mahu menjadi jagoh tapi tidak berjuang untuk kebahagian rumahtangan Manohara dan Tengku Temenggong. Mereka cuba membuat alasan untuk melahirkan kebencian kepada rakyat dan negara Malaysia, sebenarnya mereka cemburu kepada rakyat dan negara Malaysia.

Sekarang mereka tahu bahawa mereka dibohongi oleh Dasiy, tapi mereka malu untuk mengaku lantas mereka mencari berbagai-bagai alasan untuk menuntup malu mereka, kerena orang yang cerdik pandai telah diperbodohkan oleh Daisy yang latarbelakangnya banyak masaalah peribadi.

Kepada mereka yang terlanjur memarahi Tengku Temenggong dan rakyat Malaysia, tak mengapa balik kepangkal jalan, jangan terus tersesat, kerana tidak salah mengaku kelemahan kita yang menyokong tanpa usul periksa. Tuhan sentiasa mengampuni dosa umatnya.

Semalam Manohara dan Suaminya bersantai di Pulau Rendang, di Trengganu. bermain mandi manda dipantai, bekejar berlari-larian sembil hilai ketawa, berenang bersama suami dilautan cina selatan, happy all the way dan hari ini selamat sampai di Istana Mahkota.

Sayangnya masih ada orang yang cemburu kepada kebahagiaan Tengku Temenggong dan Manohara. Sayangnya masih ramai percaya pembohongan yang telah dibuat oleh Dasiy. Sayangnya masih ramai orang yang ditutup hati dan fikiran oleh Allah. Sayangnya mereka tak dapat datang ke Kelantan. Sayangnya TT pada Manohara tak dapat digambarkan, hanya gambar pengukur segalanya.

Sunday, May 3, 2009

Saturday, May 2, 2009

PENGUMUMAN PENTING.

Kepada sesiapa yang sayangkan Ibu Dasiy Fajarina, mulai hari ini marilah kita sama-sama menasihati beliau supaya berhenti dari terus mencari sokongan masyarakat melalui kenyataan media memperalatkan NGO-NGO serta pemimpin Negara, kerana dengan cara itu tidak dapat menyelesaikan masaalah KELUARGA yang mereka alami sekarang ini, sebabnya:-

1. Ibu Dasiy terlebih dahulu hendaklah menyelesaikan 'status' beliau itu, iaitu masih isteri orang ataupun sudah janda.

2. Memperjelaskan siapa sebenarnya bapa kepada Dewi Seri Asih dan Manohara Pinot.

3. Siapakah orang yang bernama 'Sooni Ismono' dalam kehidupannya sehari-hari.

4. Dan ada kasus yang beliau masih bersembunyi.

Oleh itu adalah diharapkan kepada sesiapa yang terpanggil untuk membantu dan menyokong Ibu Dasiy dalam isu yang sengaja diada-adakan itu, terlebih dahulu ada baiknya selidiklah dulu latarbelakang beliau, Siapa sebenarnya DASIY FAJARINA itu.

1. Dalam Kes hutang puitang ?
2. Jenayah ?
3. Kemanusiaan ?

Bermula hari ini 2hb. mei 2009 adalah diminta kepada semua orang berhentilah mengaitkan kasus Manohara di anaiya, diselit-selit, di culik dengan sentiman anti Malaysia, kerana yang akan menerima AIB dan MALU adalah orang yang bercakap untuk membela Daisy itu selepas tahu siapa Daisy sebenarnya yang akan didedahkan secara langsung, sekiranya isu palsu ini terus di pernyatakan sebagai benar.

Cukuplah saudara/i semua memalukan Manohara dengan menyokong kenyataan Dasiy bahawa anaknya Manohara dianaiya, disilet-silet oeh suaminya, sedang perkara itu tidak pernah berlaku terhadap Monohara.

1. Manohara gembira dan senyum bukan kerana dipaksa
2. Manohara bertambah gemuk bukan kerana disuntik homur
3. Manohara menari poco-poco juga tidak dipaksa
4. Manohara jumpa rakyat jelata tidak diusung paksa
5. Manohara hadir di Istana Balai Besar tidak disuruh paksa
6. Manohara main piona atas kehendaknya
7. Manohara nonton bolasepak atas kemahuannya.
8. Manohara berkomunikasi dengan hand phone apakah dipaksa.

Semuanya saudara/i dapat menonton dalam semua station Television di Indonesia.

Cukuplah saudara/i semua membuat Manohara merana. kerana kini Manohara aman berdua dalam Istana.