Cerita Ibu Mertuaku akan ditayangkan tidak lama lagi, Cerita Ibu Mertuaku ini tidak dilakunkan oleh seniman agong Tan Sri P.Ramlee juga bukan cerita seperti zaman dulu kala, tapi cerita Ibu Mertuaku ini adalah cerita terbaru dan masih lagi dalam pengambaran, dalam cerita ini ada adegan sedih, seronok dan kesudahannya ada yang duka dan ada yang suka tak ketinggalan juga ada yang akan kecewa dan merana.
Yang akan suka tentulah HERO dan HEROIN dan siapa pula yang akan kecewa, duka dan merana. Dalam cerita Ibu Mertuku ini sebenarnya tidak ada skrip, tapi masing-masing pelakun bebas mengunakan dailog dalam erti kata pelakun diberi kebebasan untuk bercakap sepuas-puasnya sama ada dalam dailog bertengkar atau memujuk.
Depan TV banyak aksi yang akan dapat dilihat, kadang-kadang menangis, senyum, serius dan kelakar, begitu juga dengan pakaiannya, ada pelakun memakai seksi, ada yang pakai kopiah, ada yang pakai jubah (jilbab) dan ada yang pakai stail mafia dengan jam yang mewah dan berantai dileher. Ada yang mengunakan pakaian rasmi seperti kod dan tai.
Topiknya Anak berpisah dengan Ibu, Sianak perempuan dibawa pulang oleh suaminya kerumah dan ibu mertua marah kepada menantunya, anaknya pula sayang pada suami dan ibunya, maka untuk meredakan keadaan adalah orang yang nak jadi orang tengah bagi menyelesaikan masaalah, tapi sebenarnya bukan masaalah ia hanya sebuah kehidupan yang sudah terhina diatas perbuatan seseorang itu. Dalam hal ini ibu adalah punca masaalah.
Anak dah menikah, dah jadi isteri orang, kenapa ibu masih bersusah-susah untuk mendampingi anaknya dengan tidak membenarkan anaknya mengikut suami balik kerumah mereka, kenapa ibunya berusaha supaya anaknya terus tinggal bersamanya, kenapa ibunya sanggup memisahkan supaya menantunya tidak boleh tinggal bersama anaknya sedangkan mereka sudah sah sebagai suami isteri.
Yang peliknya apabila anaknya berada bersama menantu, ibunya seakan-akan macam orang hilang pedoman, marah terus pada anaknya kerana melayan suami. Bagaimana sekiranya peristiwa sebegitu berlaku diatas diri anda. Apa yang harus anda bertindak kepada ibu mertua anda itu, sedangkan semua kehendak ibu mertua ditunai, bahkan diberi lebih daripada apa yang diminta.
Dan apakah tindakan akan anda ambil, apabila ibu mertua anda membuat fitnah dengan memberitahu orangramai bahawa anda telah memukul isteri anda, sedangkan terguris sedikit kulit pun anda tidak membenarkan berlaku kepada isteri anda. Apa yang akan anda lakukan setelah isteri anda bercakap dengan ibu mertua anda dan ibu mertua anda masih lagi menfitnah anda dengan mengatakan anaknya minta tolong kerana dia disakiti berada bersama anda, sedangkan anda dan isteri anda tiap-tiap hari hidup aman dan bahagia.
Apakah anda dapat menerima ibu mertua anda berjumpa dengan anda segera setelah dia setiap waktu menfitnah anda dan adakah anda zalim untuk tidak bertemu dengan ibu mertua anda itu dan anda dan isteri anda menjauhkan diri untuk sementara waktu. Adalah ADIL bagi anda untuk menjauhkan isteri anda dari diracuni oleh ibu mertua anda demi masa depan anda dan isteri anda tanpa diganggu gugat oleh IBU MERTUA.
IBU MERTUA kenapa kamu begitu?.